Diari Deko – Raikan Syawal dengan Pesona Maghribi
Jalinan kolaborasi seni kali kedua antara jenama gaya hidup dan wanita, Avon bersama pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim mempersembahkan koleksi penuh set dekor raya, Qalea. Berinspirasikan kebudayaan dan kesenian kota Maghribi, Qalea merangkumi rangkaian menawan termasuk langsir, set linen kamar beradu, set pinggan mangkuk dan aksesori perhiasan seperti teko, tangine, pouf dan bekas kuih.
Rekaan corak Qalea mengadaptasi corak pelbagai jenis jubin klasik yang boleh dilihat di souk (bazaar) sekitar Marrakech. Corak bungaan geometri diadun unik dalam spektrum warna biru cerulean, biru gelap, merah delima dan ungu manggis.
“Saya mencintai kemeriahan rona, budaya dan ekspresi hiasan Morocco, jadi mengimbangi eksotikanya dengan sentuhan moden menjadi cabaran yang mengujakan. Paduan flora geometri serta palet warna mewah adalah trend terbesar 2018. Qalea memberi penataan elegante de la maison yang tersendiri. This is THE collection of the year,” jelas Datuk Rizalman.
Koleksi Qalea boleh didapati di seluruh pengedar sah Avon bermula 16 April serentak jualan dalam talian Avon atau pengedar sah Avon seluruh Malaysia.
Slide untuk lihat gambar :–
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Jul 09, 2026
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Jul 08, 2026
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Jul 08, 2026
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Jul 08, 2026
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Jul 08, 2026
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Jul 08, 2026
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Jul 08, 2026

