Diari Deko – Raikan Syawal dengan Pesona Maghribi
Jalinan kolaborasi seni kali kedua antara jenama gaya hidup dan wanita, Avon bersama pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim mempersembahkan koleksi penuh set dekor raya, Qalea. Berinspirasikan kebudayaan dan kesenian kota Maghribi, Qalea merangkumi rangkaian menawan termasuk langsir, set linen kamar beradu, set pinggan mangkuk dan aksesori perhiasan seperti teko, tangine, pouf dan bekas kuih.
Rekaan corak Qalea mengadaptasi corak pelbagai jenis jubin klasik yang boleh dilihat di souk (bazaar) sekitar Marrakech. Corak bungaan geometri diadun unik dalam spektrum warna biru cerulean, biru gelap, merah delima dan ungu manggis.
“Saya mencintai kemeriahan rona, budaya dan ekspresi hiasan Morocco, jadi mengimbangi eksotikanya dengan sentuhan moden menjadi cabaran yang mengujakan. Paduan flora geometri serta palet warna mewah adalah trend terbesar 2018. Qalea memberi penataan elegante de la maison yang tersendiri. This is THE collection of the year," jelas Datuk Rizalman.
Koleksi Qalea boleh didapati di seluruh pengedar sah Avon bermula 16 April serentak jualan dalam talian Avon atau pengedar sah Avon seluruh Malaysia.
Slide untuk lihat gambar :-
Pilihan Bacaan Seterusnya
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Jun 16, 2026
Detik Bersejarah 10 Tahun Louis Vuitton x Marc Newson
Jun 16, 2026
6 Produk Kecantikan Baharu Yang Buat Kami Obses
Jun 16, 2026
Kisah Barang Kemas Signes & Symboles Oleh Chanel
Jun 16, 2026
Coach Menghidupkan Semangat New York Di Tengah Kota KL
Jun 15, 2026
Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?
Jun 15, 2026
ExoBright Cryo Therapy Jadikan Kulit Saya Lebih Segar Dalam 75 Minit
Jun 15, 2026

