Satu lagi ruang komersial di tengah ibu kota yang baru dibuka November tahun lalu – memperkasakan jenama dan hasil kerja anak tempatan dari industri interior, fesyen, gastronomi, landskap hijau dan ruang seni.

APA?
The LINC KL, destinasi komersil terbaru berlibur dan bersantai untuk semua yang dibina tersembunyi di balik kesibukan segi tiga emas Kuala Lumpur. Pengunjung boleh membeli-belah barangan dapur, bersantai di kafe menikmati dos kafein kegemaran dalam suasana reka ruang unik dan menarik pandangan mata.

YANG ISTIMEWA
Ruang komersil dua tingkat ini memayungi ruang sewaan seluas 130, 000 kaki persegi. Memperkasakan hasil kerja dan jenama tempatan, pengunjung dapat melihat dan membeli produk-produk lokal seperti barangan interior; pinggan mangkuk, kemasan lembut, aksesori perhiasan dan tidak ketinggalan tentunya barangan fesyen seperti kemeja batik. Ben’s Independent Grocer, restoran Ben’s, butik fesyen, British India dan Bendang Artisan antara ruang komersil yang boleh pengunjung singgah. Bagi peminat gastronomi, boleh cuba nikmati menu di Bean Brothers, Bo & Banker atau De.Wan 1958 oleh Datuk Chef Wan. Menariknya, reka bentuk bangunan The LINC KL mengintegrasikan pokok-pokok tua semula jadi sedia ada dalam reka bentuk keseluruhan pusat beli-belah ini. Mahu menggalakkan kecintaan pada kesenian dan pengalaman kepelbagaian budaya; kerja-kerja seni daripada seniman negara, Amarul Abdullah yang menghasilkan lukisan akrilik The Owl dan lukisan mural daripada Lim Anuar, Charles Chee dan Stephanie Ng menghiasi dinding-dinding sekitar. Melangkah ke aras atas, pengunjung boleh mengatur langkah di tangga pelangi dan melihat gantungan lampu kreatif hasil kerja, Luna Lana.

DI MANA?
Bagi yang gemarkan flea market, boleh memeriahkan Sunday Market, setiap hari Ahad bermula dari 11 pagi hingga 6 petang di ruang tengah, aras G. The LINC KL, berlokasi di 360, Jalan Tun Razak (persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak). www.thelinckl.com.my
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
