Inspirasi – Nurseri True Thompson Puteri Sulung Khloe Kardashian
Isnin lalu, bintang program realiti televisyen paling popular di dunia, Khloe Kardashian berkongsi gambar dekorasi nurseri puteri sulungnya, True Thompson.
Khloe menghias nurseri True serba merah jambu. Khloe turut mengambil beberapa tips dan nasihat dari kakak – kakaknya yakni Kourtney dan Kim Kardashian dalam menghias nurseri.
“Saya obses dengan rekaan katil bayi Lucite Vetro Crib daripada Nursery Works. Ia kelihatan feminin dalam masa sama cool yang masih membawakan ritma dekorasi nurseri. Kim menggunakan rekaan katil yang sama, dan saya mempercayai kebolehan produk yang dia suka,” jelas Khloe menerusi aplikasinya.

Gambar nurseri True Thompson, puteri sulung Khloe Kardashian yang disiarkan di aplikasinya.
Kim menggunakan rekaan katil bayi akrilik untuk ketiga-tiga anaknya. Selain rekaan yang menawan dan moden, katil bayi ini memberi pandangan jelas ruang di dalam katil agar ibu bapa dapat memantau bayi tanpa sebarang halangan.
Khloe turut menghias bilik anaknya menggunakan perhiasan gantung rama-rama (butterfly mobile) berwarna merah jambu yang juga dimiliki oleh bayi perempuan Kylie Jenner, Stormi. Dekorasi nurseri Khloe kelihatan minimal dan praktikal. Warna dinding merah jambu menjadi fokal warna untuk aksesori lain termasuk hamparan permaidani, cadar katil bercorak swan dan kabinet putih yang diatur disebalik ruang nurseri.

Nursery Works Vetro Crib Clear, ASD4,500.
Malah, True juga antara bayi bertuah kerana mempunyai selimut Hermes di katil bayi. Nurseri True Thompson dianggarkan mencecah ASD90, 000.
Sumber artikel elledecor.com
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
