Tommy Hilfiger & Shawn Mendes Hadirkan Koleksi Berteraskan Kelestarian - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Tommy Hilfiger & Shawn Mendes Hadirkan Koleksi Berteraskan Kelestarian

Tommy Hilfiger & Shawn Mendes Hadirkan Koleksi Berteraskan Kelestarian

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Shawn Mendes dan Tommy Hilfiger mengutamakan konsep lestari dalam koleksi musim ini…

Menurut Tommy Hilfiger, “Shawn merupakan anak muda yang sangat mengagumkan dan menyokong usaha yang menyentuh perubahan positif. Kami bangga dapat bekerjsama dengannya dan terus memainkan peranan kami dalam mencipta masa depan fesyen yang lebih bertanggungjawab,”

Rekaan utama dari koleksi ini merupakan baju ragbi dengan corak bintang dan jalur yang diperbuat daripada bahan campuran kapas kitar semula dan organik. Dan seluar chino yang bergaya dan sesuai buat lelaki yang suka bergaya kasual. Ia diperbuat daripada 100% kapas organik yang dicelup dengan teknologi Recycrom™.

Helaian lain yang patut diberi perhatian termasuk jaket varsity yang diperbuat daripada campuran bulu kitar semula. Dan bahagian lengan jaket dibuat dengan nilon yang dijana semula ECONYL®.

Sebagai kesinambungan komitmen Tommy Hilfiger terhadap kelestarian, jenama tersebut menyasarkan untuk mereka bentuk semua produk secara circular. Selain menggunakan bahan berimpak rendah yang mengutamakan input kitar semula dan kitar semula serta melaksanakan rawatan ‘safe dying’, jenama itu terus menguji model perniagaan baharu untuk memastikan produk dapat digunakan dengan lebih lama.

See also
NYFW Street Style: Fancy Coats Everywhere

Artikel berkaitan: Beg Tangan Astor, Taruhan Baru Michael Kors