fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Datuk Nicol David, Jaclyn Victor Antara Penerima Anugerah The Knights 2023
2 Herba Ini Petua Rambut Tumbuh Lebat
Sophia Khan Mahu Ulu Soleil Sebagai Produk Cantik Mesra Bumi
Air Sejuk Beri Lebih Kebaikan Pada Kesihatan Berbanding Mandi Air Biasa?
The Year Of Putri Marino
Home > City Escape Sempena Hari Ibu di The Chow Kit

City Escape Sempena Hari Ibu di The Chow Kit

Di kota yang sentiasa hidup seperti Kuala Lumpur, idea untuk “melarikan diri” seringkali kedengaran seperti sesuatu yang mewah dimana memerlukan perancangan rapi, tiket penerbangan dan masa yang panjang.

Namun, sempena Hari Ibu tahun ini, mungkin definisi escapism itu sendiri wajar ditafsir semula.

Terletak di tengah nadi ibu kota, The Chow Kit menawarkan sesuatu yang lebih ringkas tetapi tidak kurang istimewanya, sebuah city escape yang intimate dengan estetika moden dan sarat dengan pengalaman tanpa perlu meninggalkan kota.

Aktiviti sempena Hari Ibu

Pada Ahad, 10 Mei 2026, hotel butik ini menjemput anda untuk melangkah keluar dari rutin harian dan masuk ke dalam sebuah dunia yang lebih perlahan ritmanya. Sambutan Hari Ibu di sini bukan sekadar tentang meraikan, tetapi tentang memberi ruang untuk benar-benar meluangkan masa bersama ibu tercinta.

Pagi bermula dengan sentuhan kreatif menerusi sesi Floral Arrangement Mother’s Day Edition, berlangsung dari jam 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Dianjurkan bersama Fleur Floristry, bengkel ini menawarkan pengalaman hands on yang cukup peribadi.

Di sini bunga bukan sekadar hiasan tetapi menjadi ruang kecil untuk meluangkan masa bersama ibu, momen yang sering kita terlepas pandang dalam kesibukan rutin harian.

Setiap peserta akan menyusun gubahan bunga dalam balang pelbagai saiz untuk dibawa pulang sebagai kenangan yang sarat dengan makna dan sentuhan peribadi.

Santapan Tengah Hari Meraikan Ibu

Di The Chow Kit Kitchen & Bar, hidangan Mother’s Day Sunday Roast menanti dari jam 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang. Ia adalah pengalaman kulinari yang terasa seperti masakan di rumah, hidangan klasik yang comforting, disajikan dalam suasana yang santai dan berkelas.

Ditambah pula dengan bufet pencuci mulut tempatan yang memikat selera, setiap suapan umpama membawa sentuhan nostalgia yang sukar dilupakan.

Melengkapkan pengalaman ini adalah persembahan muzik secara langsung oleh Angel Ang & Friend, alunan soulful yang mengisi ruang dengan kehangatan, menjadikan setiap detik terasa lebih hidup.

Makna Di Sebalik Setiap Detik

Apa yang menjadikan pengalaman ini istimewa bukan sekadar aktiviti yang ditawarkan, tetapi bagaimana ia menjadi ruang untuk anda benar-benar meluangkan masa bersama ibu, sesuatu yang mungkin sering terlepas dalam kesibukan harian.

Jadi, tahun ini, raikan Hari Ibu dengan sebuah percutian mini di tengah kota kerana di The Chow Kit, setiap detik menjadi lebih bermakna bersama yang tersayang.

Artikel berkaitan: Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis Vuitton Color Blossom