Tonton 5 Filem Romantik Ini Bersama Pasangan Anda - Glam Malaysia

Tonton 5 Filem Romantik Ini Bersama Pasangan Anda

Selain merancang antiviti outdoor seperti pergi berkelah dan ke restoran, ada aktiviti lain yang bertemakan indoor boleh anda dan pasangan nikmati Hari Kekasih dengan penuh romantik. Antara aktiviti indoor yang boleh dilakukan adalah dengan menonton filem romantik!

Hari Kekasih merujuk kepada satu hari yang diperuntukkan untuk merayakan hubungan romantis dan kasih sayang antara pasangan kekasih. Hari Kekasih secara umumnya disambut pada tanggal 14 Februari setiap tahun. Pada hari ini, orang-orang sering memberikan hadiah seperti bunga, manisan, atau kad ucapan romantis kepada pasangan mereka sebagai tanda kasih sayang.

Pada hari kekasih pasti anda akan melihat banyak pasangan kekasih yang keluar date bagi meraikan dan mengisi hari kekasih ini. Namun begitu, ada juga pasangan kekasih yang lebih berserdahana dan memilih untuk menyambut hari istimewa ini secara simple dengan mengadakan makan malam ringkas bersama pasangan. Walaupun menyambut perayaan hari kekasih dalam secara sederhana, namun masa yang diluangkan bersama pasangan adalah lebih penting daripada segala-galanya.

Bukan semua pasangan mampu untuk meraikan pasangan mereka secara mewah, maka sambutlah hari penuh kekasih ini dengan kemampuan dan cara tersendiri semoga ikatan cinta itu terjalin dengan kuat dan kukuh. Masa yang diluangkan bersama kekasih juga penting bagi memahami dan mengenal pasangan anda dengan lebih dekat lagi. Masa yang diluangkan bersama pasangan boleh digunakan untuk menonton filem romantik yang menyemarakkan lagi kehangatan cinta dan romantis dalam hubungan. Bukan semua pasangan mampu untuk maraikan hari kekasih ini dengan mampu, maka sambutlah hari penuh kekasih ini dengan kemampuan tersendiri.

See also
Perkembangan Terkini Kamal Adli & Uqasha Senrose Selepas Insiden Ngeri

Mari Intai 5 Filem Romantik Pilihan Glam!

1. Titanic

Filem Romantik

sumber imej dari google

Filem Titanic berkisah pada kisah cinta antara Jack Dawson, seorang seniman miskin, dan Rose DeWitt Bukater, seorang wanita kaya yang akan menikah. Kisah mereka berkembang di atas kapal mewah Titanic selama pelayaran perdana pada tahun 1912.Walaupun berasal dari lapisan sosial yang berbeza, Jack dan Rose menemui cinta sejati antara satu sama lain. Namun, kisah mereka dipenuhi dengan cabaran, terutama ketika kapal Titanic melanggar dengan bongkah ais dan mengalami bencana kapal terbesar dalam sejarah.

2. Beauty and The Beast

Filem Romantik

sumber imej dari google

Filem Beauty and the Beast ini adalah filem animasi musikal yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures pada tahun 1991. Filem ini bermula dengan Belle, seorang gadis muda yang bijak dan bersemangat untuk membaca, tinggal di sebuah kampung kecil di Perancis. Suatu hari, ayah Belle diculik oleh Beast, makhluk yang dikutuk menjadi bentuk haiwan yang mengerikan oleh penyihir kerena sikap buruknya. Belle menawarkan diri untuk menggantikan ayahnya sebagai tawanan Beast.Selama tinggal Bersama ,Belle dan Beast mula memahami dan menghormati satu sama lain, dan hubungan mereka berkembang menjadi cinta sejati.

See also
Ini 4 Interpretasi Rasa Libur Sebenar

3. Lala Land

Filem Romantik

sumber imej dari google

Sebuah kisah cinta berkembang antara Sebastian, seorang pemain piano jazz yang bercita-cita membuka klub jazz sendiri, dan Mia, seorang pelakon muda yang berusaha untuk mengejar impian menjadi seorang bintang Hollywood. Filem ini mengikuti perjalanan mereka dalam dunia seni yang penuh dengan cabaran dan pengorbanan.

4.Mari Intai 5 Filem Romantik Pilihan Glam: Clueless

Filem Romantik

sumber imej dari google

Clueless adalah sebuah filem komedi remaja yang diterbitkan pada tahun 1995 filem ini berkisar pada Cher Horowitz seorang remaja yang bijak dan kaya raya yang tinggal di Beverly Hills. Cher memandang dirinya sebagai seorang pereka gaya dan pengatur hubungan percintaan di kalangan rakan-rakanya. Setelah b erjaya memasangkan guru-guru di sekolahnya, Cher memutuskan untuk mengambil tugas “projek sosial” dengan membantu Tai Frasier  gadis baru  sekolahnya. Cher berusaha untuk mengubah Tai menjadi seorang gadis popular, tetapi sepanjang perjalanan projeknya itu dia menyedari beberapa hal tentang dirinya sendiri.

5. Crazy Rich Asian

Filem Romantik

sumber imej dari google

See also
10 Lokasi Percutian Bulan Madu Dalam Malaysia Pilihan GLAM!

Crazy Rich Asian adalah filem romantik-komedi yang diterbitkan pada tahun 2018.Filem ini berkisah tentang Rachel Chu yang dimainkan oleh Constance Wu, seorang profesor ekonomi di New York, yang diundang oleh kekasihnya, Nick Young yang dimainkan oleh Henry Golding, untuk menghadiri pernikahan sahabatnya di Singapura. Tanpa Rachel ketahui, Nick adalah seorang pewaris kaya raya dari keluarga Crazy Rich Asians.