Semakin Pulih, Justin Bieber Sambung Konsert Jelajah Dunia - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Semakin Pulih, Justin Bieber Sambung Konsert Jelajah Dunia

Semakin Pulih, Justin Bieber Sambung Konsert Jelajah Dunia

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Awal bulan lalu Justin mengumumkan pembatalan konsertnya di Washington, Toronto, New York dan beberapa lokasi di Amerika Utara selepas diserang sindrom Ramsay Hunt pada 10 Jun.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, bintang kelahiran Kanada itu mendedahkan dia mengalami lumpuh separuh wajah di mana matanya tidak boleh berkedip dan dia sukar untuk tersenyum.

“Saya ingin memaklumkan kepada anda mengenai apa yang sedang berlaku. Jelas sekali, seperti apa yang anda boleh lihat pada wajah saya. Saya mengalami sindrom yang dikenali sebagai Ramsay Hunt. Ia berpunca daripada virus yang menyerang saraf di telinga dan wajah.

“Seperti anda boleh lihat mata saya tidak boleh berkelip, saya tidak boleh tersenyum, lubang hidung juga tidak boleh digerakkan. Sebelah wajah saya lumpuh sepenuhnya,” ujarnya.

Foto: Instagram