Raikan Tahun Baharu Cina Dengan MINI Countryman SE - Glam Malaysia

Raikan Tahun Baharu Cina Dengan MINI Countryman SE

MINI Malaysia menyambut kedatangan Tahun Lembu dengan tawaran menarik untuk MINI Countryman SE termasuk kadar faedah serendah 0%.

Tahun Baharu Cina bakal menjelma tidak lama lagi. Walaupun masih dalam pandemik Covid-19, kemeriahan perayaan tahun ini masih lagi dirasai di seluruh negara. MINI Malaysia tidak ketinggalan dalam menyambut ketibaan Tahun Lembu dengan pelbagai tawaran menarik bagi jentera MINI Countryman SE, termasuk kadar faedah serendah 0%, dan banyak lagi. Jenama automotif premium kompak dari Britain ini mempersembahkan program baharu untuk MINI Countryman SE, termasuk juga model-model MINI yang lain ekoran perlanjutan tempoh pengecualian SST.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl mengulas, “Tahun 2021 mempersembahkan peluang baharu, dan kami berbesar hati untuk meletakkan MINI Countryman SE sebagai peneraju program kami. Program MINI Countryman SE membuktikan komitmen berterusan kami untuk menggiatkan mobiliti elektronik di Malaysia, lebih-lebih lagi semasa polisi pengecualian SST masih terpakai. Ia juga memberi kami peluang untuk membawakan pengalaman pemilikan MINI yang mengujakan buat para pelanggan setia di seluruh negara.”

See also
GLAM VIP: An Evening With GLAM & Volkswagen

MINI Countryman SE menampilkan Sistem Pacuan Semua Roda MINI yang membekalkan cengkaman optimum serta kepuasan maksimum ketika memandu, di samping mod eDrive yang membolehkan pemandu membuat pilihan antara mod pemanduan elektrik, enjin pembakaran atau hibrid demi pemanduan yang lebih efisien. Ciri-ciri kemudahan juga ditawarkan melalui Servis Jarak Jauh MINI (MINI Remote Services), pengguna boleh memantau status kenderaan serta mempersiapkan kenderaan tersebut sebelum memulakan perjalanan menggunakan sambungan telefon pintar, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Turut menjadi tumpuan di ruang dalaman jentera ini ialah Papar Pandu (Head-Up Display) serta 4G LTE Sim Card MINI Connected yang menawarkan fungsi maklumat hiburan yang lancar ketika memandu. Berbekalkan tahap emisi yang rendah dan prestasi bertaraf tinggi, ia mempersembahkan sebuah pengalaman pemanduan yang benar-benar memuaskan, serta menjimatkan bahan api.

Program ini melayakkan semua pemilik baharu untuk menikmati kadar faedah serendah 0% (berdasarkan Straight Line Financing), pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,678, dan Waranti Bateri Voltan Tinggi Bertempoh 8 Tahun. Pemilik baharu yang membeli Program Inklusif Servis dan Pembaikan MINI (MSRI) yang bertempoh 4 tahun juga layak menerima tawaran lanjutan tempoh selama setahun bagi program tersebut.

See also
Orang Ketiga Punca Mahligai Bahagia Dibina Musnah

Program ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2021 yang juga menawarkan penjimatan bagi model lain seperti MINI 3 Door, MINI 5 Door, MINI Clubman, serta MINI Countryman.

Baca lebih lanjut: Dr. Jill Biden Cipta Sejarah Tersendiri