Dr. Jill Biden Cipta Sejarah Tersendiri - Glam Malaysia

Dr. Jill Biden Cipta Sejarah Tersendiri

Isteri kepada Presiden Amerika Syarikat baharu, Dr. Jill Biden adalah First Lady yang pertama mempunyai ijazah kedoktoran dalam sejarah White House.

20 Januari bakal membuka lembar baharu buat Amerika Syarikat. Negara Uncle Sam itu akan menyaksikan Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 di Washington DC, menggantikan Donald Trump. Isterinya, Dr. Jill Biden yang akan menggalas tanggungjawab daripada Melania Trump, juga akan mencipta sejarah tersendiri sebagai First Lady yang pertama mempunyai ijazah kedoktoran dalam sejarah White House. Beliau akan terus mengajar walaupun selepas bergelar First Lady.

Foto: Instagram @joebiden

Wanita berusia 67 tahun itu dilahirkan di Hammonton, New Jersey. Beliau menerima pendidikan awal di Upper Moreland High School pada 1969, sebelum melanjutkan pengajian di University of Delaware. Ketika itu, beliau yang sudah berkahwin dengan Bill Stevenson dalam proses penceraian. Dalam masa yang sama, Joe Biden yang baharu sahaja dialantik sebagai senator pada 1972 telah kehilangan isteri pertamanya, Neilia dan anak perempuan yang baru berusia satu tahun, Naomi kerana kemalangan jalan raya.

See also
Pernahkah Sukan Olimpik Dibatalkan? Inilah Sejarah

Pada 1975, beliau berjumpa dengan Joe Biden melalui satu blind date yang diaturkan oleh abang Joe sendiri. Selepas lima temu janji, Joe telah melamar dan mereka berkahwin pada 17 Jun 1977 di kota New York. Perkahwinan yang intimate itu turut diserikan dengan kehadiran dua anak Joe iaitu Beau dan Hunter. Pasangan itu dianugerahkan seorang anak perempuan, Ashley pada 1981. Hari ini, mereka mempunyai lima orang cucu iaitu Naomi, Finnegan, Maisy, Natalie, dan Hunter.

Foto: Instagram @drbiden

Selepas tamat pengajian pada 1975, Dr. Jill terus bekerja sebagai guru bahasa Inggeris di sekolah awam di Delaware. Tidak terhenti di situ sahaja, Dr, Jill meneruskan mengajian dan menerima dua lagi ijazah sarjana dari West Chester University pada 1981 dan Villanova University pada 1987. Semua itu dilakukan sambil bekerja serta membesarkan anak-anaknya. Pada 2006, beliau kembali meneruskan pengajiannya dalam ijazah kedoktoran dalam jurusan pendidikan di University of Delaware.

Dr. Jill Biden bertekad untuk terus mengajar. Ketika menjadi Second Lady antara tahun 2008 hingga 2016, beliau meneruskan kerjayanya sebagai profesor bahasa Inggeris di Northern Virginia Community College. Kembalinya ke White House sebagai First Lady hari ini tidak akan mengahalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat. Menurut sumber, beliau akan mengekalkan kerjayanya sebagai seorang guru dan profesor sambil bergelar Wanita Pertama Amerika Syarikat.

See also
5 Bual Bicara Paling Canggung Dalam The Ellen DeGeneres Show

Baca lebih lanjut: 5 Aplikasi Meditasi Untuk Ketenangan Diri Sepanjang PKP

Foto: Vogue & Instagram @drbiden @joebiden