fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM VIP: An Evening With GLAM & Volkswagen
Zendaya & Tom Holland: Cinta Sejati Atau Taktik Promosi Filem?
Penyatuan Shuib & Watie Hanifiah Mendapat Tajaan Hampir RM2 Juta
Nasib Malang Menimpa Superstar Bollywood Saif Ali Khan
Putera & Puteri Diraja Malaysia dan Brunei Hebat Beraksi di Sukan SEA 2025

Oprah Berkongsi Detik Ngeri Zaman Kanak-Kanak Yang Dirahsiakan Selama Ini

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Saya turun dari katil dan terus berlari bersamanya. Keadaan gelap gelita waktu itu di perkampungan Mississippi. Dia berlari ke arah beranda dan mula menjerit, ‘Henry, Henry.’ Ada seorang lelaki tua yang tinggal di hujung jalan bernama Henry, namun dia buta.”

Oprah dilihat semakin beremosi namun tetap meneruskan cerita bagaimana Henry membantu keluarganya.

“Henry datang seorang diri di tengah-tengah malam untuk membantu nenek saya mengangkat datuk yang ketika itu sudah terlantar di atas lantai.”

Tidak mudah untuk seorang kanak-kanak menyaksikan momen mengejutkan seperti ini. Dan demi melindungi Oprah, neneknya memasang satu sistem manual yang memberi amaran jika bilik tidur mereka diceroboh masuk.

“Sejak kejadian itu, nenek saya meletakkan kerusi di bawah tombol pintu bilik dan beberapa tin di sekeliling kerusi. Dan begitulah kami tidur setiap malam. Saya tidur sambil pasang telinga untuk mendengar bunyi tin. Mendengar apa yang bakal terjadi jika tombol pintu dibuka.”

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse