Galaxy S21+ Beri Kelangsungan Sosial Lebih Mantap - Glam Malaysia

Galaxy S21+ Beri Kelangsungan Sosial Lebih Mantap

Ultra refined! itulah yang boleh dilabelkan pada telefon pintar terbaru di Samsung Galaxy ini. Sejak dilancarkan, telefon pintar ini terus menjadi topik perbualan kelompok gajet. Kerana ia terbina dalam seni reka dan teknologi yang tinggi. Samsung Galaxy S21+ yang menjadi taruhan baru Samsung ini menjanjikan gaya hidup yang premium. Dua lagi telefon pintar Samsung yang ditawarkan ddibawah koleksi yang sama adalah S21 dan Ultra.

galaxy s21+

Apakah yang membezakan Samsung Galaxy S21+ dengan telefon pintar koleksi yang lain? Jawapannya yang paling mudah adalah nilai kebesaran yang dipertaruhkan oleh Samsung Galaxy. Telefon baru oleh Samsung ini mempunyai skrin yang lebih besar yakni 6.7 inci. Maka ia nyata memberikan saya lebih mudah untuk membuat kerja. Saya lebih banyak masa meghabiskan kerja dengan telefon pintar. Dari pagi hingga ke petang, melayari media sosial dan membalas emel. Telefon pintar ini juga disertakan pula eye comfort shield. Maka tidaklah lesu mata saya apabila terus-terusan menggunakan telefon pintar Samsung baharu ini.

galaxy s21+

Juga yang paling penting dalam kecanggihan telefon pintar juga adalah pada teknologi kameranya. Kita memamg akan mengambil berat apa spesifikasi yang diberikan oleh pengeluar telefon pintar pada kamera mereka. Boleh dikatanya, saya sudah jatuh hati dengan kelangsungan kamera yang ditawarkan oleh telefon pintar Sasmung Galaxy. Kekemasan gambar pada kemara hadapan memberikan perincian selfie yang lebih indah dibandingkan dengan kamera telefon pintar yang ada di pasaran. Ia berikan gambar yang lebih realistik serta kita boleh pilih gaya yang mana sesuai dengan pilihan hati.

See also
Generasi Galaxy Buds Pro Baharu

Lihat gambar-gambar yang dirakam menggunakan Galaxy Samsung S21+

Pautan Berkenaan: GLAM FIRST: Galaxy S21+ Janjikan Gaya Lebih Epik!