Model Welfare; Al Kisah Yang Tak Terungkap Dalam Lapangan Peragaan - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Model Welfare 01, Opening- GettyImages-55395267

Model Welfare; Al Kisah Yang Tak Terungkap Dalam Lapangan Peragaan

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Model Welfare 03, Pendapatan tidaklah begitu memberangsangkan - GettyImages-126053293

Pendapatan Tidaklah Begitu Memberangsangkan

Jika anda ingin menceburi bidang pemodelan supaya anda boleh memperoleh pendapatan yang besar, anda mungkin akan kecewa. Jessica Schiffer, bekas model dan penyunting penyumbang di Who What Wear berkata bahawa pendapatan kebanyakan model adalah tidak seberapa. Menurut Schiffer, satu- satunya model yang benar-benar menjana wang ialah supermodel. Jika tidak, anda hanya akan menambah hutang kepada agensi anda untuk membayar dahulu yuran penggambaran buat sesi test shoots, pakaian untuk casting, pangsapuri model, dan wang perbelanjaan harian.

Model Welfare 05, Model wanita menjana lebih banyak pendapatan - GettyImages-698364966

Model Wanita Menjana Lebih Banyak Pendapatan

Jika anda seorang lelaki yang ingin mencuba menjadi besar dalam dunia peragaan, prospek anda bakal tampil lebih sulit. Menerusi dunia peragaan adalah salah satu lapangan industri di mana wanita memperolehi lebih banyak wang berbanding lelaki, secara puratanya. Jurang gaji antara lelaki dan wanita adalah besar dan ‘tidak
adil’, terang Elizabeth Rose merangkap ejen model. Model lelaki hanya memperoleh fraksi kecil menjadikannya sehingga 75 peratus kurang daripada model wanita.

See also
Bertemu Secara Rahsia, Cinta Bennifer Bertaut Kembali?

Model Welfare 04, Terdapat kekurangan kepelbagaian - GettyImages-1342183833

Terdapat Kekurangan Kepelbagaian

Sekalipun arus peredaran semasa makin terbuka, masih terdapat kekurangan kepelbagaian yang mengejutkan dalam industri ini sekalipun sudah bertambah baik. Jika dahulu lapangan fesyen lebih berkiblatkan memperlihatkan susuk model berkulit putih yang begitu lansing, saat ini ia lebih terlihat seimbang dengan penampilan pelbagai jenis susuk tubuh serta warna. Pujian harus diberikan kepada Rihanna dalam mencapai keseimbangan yang unik antara keterjangkauan, fesyen dan laman kecantikan yang sangat berkomitmen untuk inklusif dan kepelbagaian.

Pautan berkaitan: 10 Berlian Paling Mahal Di Dunia

 

Previous article

BOSS Masuki Era Baharu Lebih Berani

Next article

Perkembangan Hubungan Putera William & Putera Harry Selepas Pemergian Ratu Elizabeth II

Perkembangan Hubungan Putera William & Putera Harry Selepas Kemangkatan Ratu Elizabeth II