Model Welfare; Al Kisah Yang Tak Terungkap Dalam Lapangan Peragaan - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Model Welfare 01, Opening- GettyImages-55395267

Model Welfare; Al Kisah Yang Tak Terungkap Dalam Lapangan Peragaan

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jika dahulu tidak ada siapa yang berani menyuarakan kesulitan yang didepani, sekalian peragawati dan peragawan tempatan malah antarabangsa hanya bakal menolak job. Tutup cerita Alicia ini, berikut adalah beberapa perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai dunia peragaan. Baik global mahupun di Malaysia sendiri. Bahkan, dua perusahaan konglomerat mewah terbesar dunia; yakni LVMH dan Kering tampil memperkenalkan laman sesawang WeCareForModels.com pada September 2017 lepas dalam mempertahankan hak serta model welfare seorang wanita atau pria dalam bergelar model! Di samping, memelihara gaya hidup, yang berkaitan dengan situasi kerja juga kesejahteraan model yang bakal menghiasi apa jua kempen rumah fesyen yang terkait. Baik untuk penggambaran foto ataupun di pentas peragaan.

Banyak menunggu!

Walaupun kerjaya seorang model itu mungkin membiaskan kehidupan yang extravagant, ia tidak selalunya menarik seperti yang disangkakan. Rachel Woods, seorang model merangkap pengarang The Model’s Guide; tampil mengolahkan buku panduan yang komprehensif yang ditulis sepenuh olehnya dengan memegang pengalaman meniti dunia peragaan lebih daripada sepuluh tahun. Memberitahu kepada umum, seorang
model itu perlu mempunyai banyak kesabaran kerana banyak masanya dihabiskan dengan ‘menunggu’. Ini termasuk menunggu untuk menyiapkan dandanan rambut atau solekan, menunggu jurugambar mempersiapkan set penggambaran, menunggu untuk mendapatkan semula visual anda, menunggu untuk pentas peragaan bermula atau menunggu untuk menghadiri sesi casting.

Model Welfare 02, Dunia peragaan adalah kerja keras - GettyImages-1765373

Dunia Peragaan Adalah Kerja Keras

Seperti mana-mana pekerjaan, industri peragaan juga mempunyai kebaikan dan keburukannya. Terdapat beberapa perkara hebat yang terpaut dengan dunia peragaan, tetapi jangan tersilap sekiranya pekerjaan ini sama sekali tidak memerlukan usaha keras serta berkerah tenaga dalam menjadi penyangkut baju bagi sesetengah individu atau manekin dalam saiz realitinya. Mereka sama sekali berpunya kisah yang sama; bermula seawal usia belasan tahun dengan permulaan profesion yang sederhana. Seperti mana- mana kerjaya lain, ia memerlukan kerja keras dan dedikasi buat mengecapi impian langsung sukses. Dari menjadi pemakanan, berpunya rutin senaman yang konsisten juga berhabis wang ringgit untuk memelihara penampilan yang berterusan. Belum lagi masuk ke set penggambaran atau pentas peragaan yang memerlukan tenaga bak buruh binaan.

See also
Pencapaian Tiga Dekad Christina Aguilera Diiktiraf