Revolusi Masa Depan Seni Bersama McLaren

Revolusi Masa Depan Seni Bersama McLaren

McLaren menghidupkan kembali semangat harimau dengan kolabrasi istimewa bersama artis Malaysia, Jaee Tee dengan artis Jepun, Mitsuhiro Higuchi yang diilhamkan oleh zodiak cina, iaitu Harimau.

Projek berwawasan ini merupakan penghormatan yang tulus kepada nilai-nilai keberanian yang dikongsi bersama oleh simbol harimau dan McLaren ini. Ia juga merupakan satu atribut kepada kemenangan bersejarah Kejuaraan F1 McLaren pada tahun 1974, sejajar dengan Tahun Harimau.

Sama seperti harimau yang tidak gentar, McLaren sentiasa berada di barisan hadapan dalam sukan permotoran, memperjuangkan inovasi, prestasi dan mengejar kecemerlangan tanpa henti. Artis di sebalik projek ini diilhamkan oleh sifat keberanian yang menyatukan prinsip harimau dan McLaren.

McLaren menghidupkan kembali semangat harimau dengan kolabrasi bersama artis Jaee Tee dan Mitsuhiro Higuchi yang diilhamkan oleh zodiak Harimau.

Kereta hibrid terbaru McLaren, Artura, mendapat namanya daripada gabungan ‘Seni’ dan ‘Masa Depan’. Jaee Tee dan Mitsuhiro Higuchi melihat ini sebagai peluang terbaik untuk menyepadukan Augmented Reality atau realiti terimbuh (AR) dalam seni mereka, untuk menangkap intipati futuristik McLaren Artura.

Antara karya seni yang dipamerkan dalam pameran ini termasuk, Arca Harimau diilhamkan oleh lima elemen di alam semesta (air, tanah, api, kayu dan logam).

See also
7 Pilihan Iftar Paling Enak Ramadan Ini

Unsur-unsur harimau separa abstrak rumit yang muncul daripada McLaren Artura mencipta pengalaman yang nyata dan menawan untuk penonton. Kaedah imaginatif ini mengubah cara kita melihat seni automotif, menetapkan standard baharu untuk inovasi dalam industri.

McLaren menghidupkan kembali semangat harimau dengan kolabrasi bersama artis Jaee Tee dan Mitsuhiro Higuchi yang diilhamkan oleh zodiak Harimau.

Artis Malaysia Jaee Tee telah dipilih untuk projek ini menandakan pameran berprofil tinggi ketiganya sebagai artis, serta untuk Mitsuhiro Higuchi, yang kreativitinya tidak terhad.

Jaee Tee ialah artis Malaysia yang bekerja merentasi pelbagai jenis medium, termasuk akrilik minyak, dakwat Cina, arang, media campuran dan arca. Karya seni Tee telah menerima pengiktirafan antarabangsa di seluruh dunia, termasuk Carrousel Du Louvre di Paris, Fondazione Luciana Matalon, sebuah muzium seni kontemporari di Milan dan Galeri Seni Kebangsaan Maldives.

Mitsuhiro Higuchi pula seorang artis yang dilahirkan di Jepun dan menetap di Poland, dia adalah seorang pereka, jurugambar, pembuat filem dan pengarah konsert.H kekuatan terbesar terletak pada reka bentuk melalui kolaj.Dia menggabungkan imej gambarnya sendiri untuk mencipta karya seni. Dalam karya kolaboratif, dia menggabungkan karya orang lain dengan bahannya sendiri untuk menghasilkan ciptaan baharu sepenuhnya.

See also
Taylor Swift Artis Wanita Berpendapatan Tertinggi Dunia Pada 2022

Projek ini juga melibatkan penyertaan Galeri Heritouch, yang mewakili Tee dan pelbagai artis lain yang sangat berbakat.

Richie C dari Galeri Heritouch dengan tepat berkata, “Di sebalik setiap karya seni terdapat cerita yang unik dan artis yang unik. Kami bukan sekadar galeri seni; kami adalah perbadanan pengurusan artis. Kami banyak memberi tumpuan kepada pengurusan artis dan IP, dan kami merapatkan seni dan aktiviti perniagaan konvensional bersama-sama.”

Sebagai galeri wakil Jaee Tee, Galeri Heritouch berfungsi sebagai ruang pameran, platform perdagangan seni dan kelab persendirian eksklusif untuk pengumpul seni, yang terletak di One World Hotel di Petaling Jaya.

Selain sebagai galeri seni, Heritouch juga memfokuskan kepada pengurusan artis dan IP. Misi Heritouch adalah untuk menyokong artis berbakat dan membantu mereka mendapat pengiktirafan bertaraf dunia. Untuk mencipta seni moden dengan berkesan dengan kepentingan yang meluas, karya mereka mesti digabungkan dengan aplikasi komersial.