Mercedes-Benz – A Time For Love
Hilai tawa, senyuman dan riak gembira penuh kesyukuran, itulah kata yang sempurna membias apa yang terzahir pada wajah 40 kanak-kanak Yayasan Sunbeams Home. Usai tangan mengapai sebentuk cenderahati, mereka perlahan-lahan melabuhkan diri, ada yang bersila, tidak kurang yang berlari-lari anak, masing-masing mendakap erat hadiah yang cukup bermakna buatnya. Itulah momen terindah yang GLAM bisa gambarkan apabila menyaksikan sendiri bagaimana Mercedes-Benz Malaysia meraikan perayaan Krismas 2019.

Menurut Dr Claus Weidner, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, tanggungjawab masyarakat bermula di peringkat tempatan dan Mercedes-Benz dengan bangganya menyumbang secara proaktif ke arah keperluan rakyat Malaysia dalam pelbagai cara. Inisiatif tahunan ini kekal sebagai bahan utama dalam membina budaya korporat yang positif dan membolehkan kita berkongsi kegembiraan perayaan dengan anak-anak Yayasan Sunbeams Home. Dengan kepelbagaian kami sebagai anggota klpac, Mercedes-Benz Malaysia juga dapat mempamerkan sokongan ke arah seni tempatan dengan menganjurkan bengkel drama dan tarian mini untuk memberi inspirasi kepada pembangunan karakter yang positif melalui pembangunan kemahiran di kalangan kanak-kanak.

Gah dengan tema Christmas in a Shoebox, projek amal kali ke-10 ini yang dianjurkan dengan kolaborasi bersama-sama Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) disambut meriah. Masakan tidak jika hari itu, wakil Mercedes-Benz bersama rakan media membuat kejutan dengan tiba di Yayasan Sunbeams Home seawal jam 11 pagi dan membawa mereka menaiki kereta Mercedes-Benz edisi terbaru menuju ke destinasi utama yakni KLPAC. Program dimulakan dengan makan tengahari di laman dalam suasana yang sungguh santai sambil ditemani apungan buih-buih. Aktiviti diteruskan dengan sesi beramah mesra bersama Datuk Nicol David, berngksi rasa mengenai pengalamannya bergelar atlet bertaraf dunia. Dan sebagai menghangatkan aktiviti, kanak-kanak diberikan peluang untuk melibatkan diri dengan permainan bola. Seterusnya beralih dengan bengkel pertuturan dan drama yang diketuai oleh Pelakon Studio Academy @ klpac. Bengkel ini memberi peluang untuk meluahkan perasaan mereka dengan mengingati dan berkongsi momen Krismas yang terbaik. Kemuncak acara yang dinantikan pastinya diakhiri dengan kemunculan eksklusif Santa Claus oleh Michael Jopp, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia. Santa Claus yang dirai dengan persembahan lagu Krismas menghadiahkan setiap daripada kanak-kanak hadiah yang cukup istimewa.
Kredit Gambar : Daren Chong/Mercedes-Benz Malaysia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany & Co.
Jun 10, 2026
Apa Wangian Signature Selebriti Kegemaran Anda?
Jun 09, 2026
Gaya Slay Dan Selesa Dengan Chunky Loafers & Mary Janes
Jun 09, 2026
Tampilan Busana Ariana Grande Di Jelajah Konsert Eternal Sunshine
Jun 09, 2026
Dialog Cantik: Berbakti Bersama Alam – OLUMES & MOOM Health
Jun 08, 2026
Dialog Cantik: Nazurah Husna, Haneesya Hanee & Nalisa Alia Amin
Jun 08, 2026
Ekspresi Kreatif Pangrok Sulap Bersama Rip Curl Malaysia
Jun 08, 2026

