Masturbasi Ketika Haid, Baik Untuk Kesihatan?
Ramai yang menyangka mereka tidak boleh masturbasi ketika haid, namun tahukah anda ianya memiliki manfaat yang tersendiri?
Tahukah anda bahawa kadar peningkatan seksual dan keghairahan menjadi lebih tinggi saat haid akibat daripada penurunan kadar estrogen dalam badan? Ini terbukti di dalam sebuah kajian yang telah dijalankan pada tahun 2013 menurut CNN Indonesia. Namun, ramai yang masih takut dan risau akan bahaya yang mungkin akan terjadi jika melakukan aktiviti ini ketika haid. Dan ada juga di antara kita yang malu untuk membicarakan tentang topik ini secara terbuka.
Masturbasi sendiri mampu membuatkan diri lebih relaks kerana ia membantu mengurangkan stress pada diri kerana secara amnya ia meningkatkan neurotransmiter serotonin dan dopamin. Bila anda mengamalkannya, secara tidak langsung badan mengeluarkan hormon prolactin dan oxytocin. Ini membantu anda tidur dengan lebih nyenyak lagi. Tambahan lagi, jika dilakukan saat sedang haid, ia meningkatkan lagi pelancaran darah pada bahagian intim termasuklah pada bahagian kelentit langsung memberikan rasa senang kerana kadar sensitifnya yang tinggi.
Namun satu perkara yang harus anda ambil perhatian adalah pada kebersihan. Pastikan segala peralatan yang digunakan anda berada di dalam keadaan bersih. Ini kerana saat sedang haid, bahagian leher rahim dikatakan lebih terbuka berbanding ketika tidak mengalami haid.
Ini Manfaat Masturbasi Ketika Haid
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026
