Jungkook BTS Atasi Rekod Harry Styles Menerusi Seven - Glam Malaysia
Jungkook BTS Atasi Rekod Harry Styles Menerusi Seven

Jungkook BTS Atasi Rekod Harry Styles Menerusi Seven

Ahli kumpulan BTS, Jungkook mencipta sejarah di Spotify dengan debut solo yang telah lama dinantikan peminat, Seven.

Lagu berbahasa Inggeris itu memperoleh 30 juta strim di Spotify dalam masa dua hari selepas dilancarkan. Selain itu video muzik Seven yang menampilkan Jungkook dan aktres The World Of The Married, Han Soo Hee turut meraih pencapaian hebat. Ia mendapat dua juta tanda suka di YouTube dalam tempoh amat singkat iaitu satu jam lima puluh lapan minit.

jungkook bts seven

Foto: Allkpop

Kejayaan Jungkook Terus Meroket

Seven menjadi lagu penyanyi solo lelaki terpantas melepasi angka 30 juta strim di Spotify sejak dikeluarkan. Pencapaian itu sekali gus menewaskan rekod yang dipegang Harry Styles menerusi lagu popularnya, As It Was. Ia turut mengangkat Jungkook sebagai penyanyi solo K-Pop terpantas mencapai kejayaan sebegitu besar, mengukuhkan lagi pengaruh dan popularitinya dalam industri muzik. Lagu Seven duet bersama Latto yang dilancarkan pada 14 Julai lalu menjuarai carta iTunes di beberapa negara. Malah dalam hanya 24 jam, video muziknya memperoleh jumlah tontonan yang amat mengagumkan.

See also
5 Bintang Hollywood Yang Digelar ‘Perigi Cari Timba’

Rekod Antarabangsa Lain

Kejayaan Seven berkembang di Spotify dan memecahkan beberapa rekod penyanyi antarabangsa. Ia debut di tangga teratas dalam carta Global Top Songs, meraih 15,995,378 strim pada hari pertama. Jungkook kini menyertai penyanyi popular, Taylor Swift yang memegang rekod secara keseluruhan. Hanya dua lagu Taylor Swift dalam sejarah Spotify yang memperoleh strim lebih tinggi daripada Seven pada hari pertama iaitu Anti-Hero dan Lavender Haze.

Menariknya percapaian hebat Seven tidak terhenti di Spotify. Lagu itu menduduki tangga teratas dalam Top 100 Melon di Korea dan menjuarai carta lagu digital harian Oricon di Jepun. Jungkook turut menjadi artis K-Pop terpantas menjuarai carta iTunes di Amerika Syarikat dengan memperoleh kejayaan luar biasa ini dalam hanya satu jam enam minit selepas Seven dilancarkan. Penyanyi berusia 25 tahun ini mengatasi rekod kumpulannya sendiri iaitu lagu Take Two.

Foto: Koreaboo

Baca: 5 Selebriti Wanita Yang Merangkul Rekod Dunia