fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
MESTI BACA: Naskah Fesyen Yang Mengajar Anda Sesuatu Tahun Ini
Recap GBC Love Wellness: 6 Acara Self-Care Eksklusif Untuk Jiwa dan Raga
Delvaux Sambut Savoirs & Savoir-Faire Di Malaysia
K-Pop Demon Hunters Ukir Kemenangan Di Oscars 2026
Transformasi Terbaru Kendall Jenner Dari Brunette Ke Blonde Mencuri Perhatian
Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > Longines DolceVita Indah Berona Paling Elegan

Longines DolceVita Indah Berona Paling Elegan

Taruhan terbaru di Longines membawa gaya lebih girang dengan sorakan warna monokorom paling indah buat koleksi ikonik DolceVita.

Sudah berlalu era atau trend jam tangan rona perak, hitam atau emas. Ia mungkin dilihat klasik, tetapi kadang kala membawa gaya yang bosan. Tidak bertenaga langsung! Kini muncul satu gaya jam tangan berona indah! Melawan arus kod klasik yang dahulu kala. Lantas, Longines terus menjadi juara dalam mempersembahkan koleksi jam tangan rona-rona girangnya melalui himpunan Longines DolceVita.

Lima warna dipilih bagi memeriahkan trend ini! Lima rona yang monokrom ini membawa rasa yang berbeza-beza lantas mampu memberi karakter mengikut keperibadian wanita. Jam tangan merah memberi penegasan pada gaya, hijau pula lembut seperti alam yang damai dan hitam klasik mengimbangkan stail serta tradisi. Manakala dua warna lain adalah oren yang membawa karakter ramah serta biru yang menjulang rasa harmoni diri.

Pertama kali Longines DolceVita diperkenalkan pada 1997, terus mendapat perhatian pencinta horologi kerana rekaan yang elegan dan kontemporari. Berterasakan pada gaya yang lembut, sorakan warna monokrom menambah lagi esen girang pada jam tangan Longines ini. Rekaan jam tangan ini digubah 23.3 mm x 37.00 mm agar memberi lebih keselesaan pada pergelangan tangan wanita.

Klik sini untuk membeli himpunan jam tangan Longines DolceVita atas talian.