Rihanna Memukau Bersama Arloji Jacob & Co.!
Dari set koreografi hasil usaha samanya bersama Parris Goebel, peletakan produk Fenty yang cheeky juga memulakan persembahan dengan mengusap perut, menayang ‘baby bump’ sebagai tanda hamil anak kedua; persembahan separuh masa Apple Music Super Bowl Edisi LVII Rihanna cukup epik!
Kansas City Chiefs berhasil meraih juara Super Bowl LVII dan juara NFL buat musim 2022. Sekali gus, bergelar juara buat kali ketiga sepanjang sejarah pasukan itu beraksi buat liga tersebut. Namun, sorotan pentingnya adalah persembahan epik Rihanna yang MIA dari lapangan muzik sejak merilis album Anti pada Januari 2016.
Arloji Brilliant Northern Lights Kreasi Jacob & Co. Melengkapi Persembahan Epik Rihanna
Bagi menghangatkan pentas separuh masa Apple Music Super Bowl Edisi LVII, Rihanna tampil mempperdengarkan persembahan secara solo yang diiringi energi koreografi yang hebat. Muncul memakai sepersalinan serba merah dan breastplate dari Loewe, Badgalriri juga tampil menyarungkan dua kot custom Alaïa kreasi Pieter Mulier.

Melengkapkan persalinan dengan kasut sniker MM6 Maison Margiela x Salomon rona merah buat sepanjang persembahan; Rihanna menterjemahkan liriknya “shine bright like a diamond” secara literal dengan melengkapkan persalinan yang memperincikan kilauan berlian.
Memakai tiga kerongsang berlian vintaj daripada Joseph Saidian & Sons, sambi mengenakan cincin delima dan berlian yang direka oleh Bayco bersama anting-anting High Jewelry yang direka oleh Messika Jewelry. Merupakan sahabat setia selama lebih 15 tahun bersama Jacob & Co., Rihanna memilih untuk memakai arloji Brilliant Northern Lights sendiri buat mengiringi persembahan langsung Super Bowl-nya.

Jam tangan ini dipadankan dengan kristal merah dan disempurnakan dengan tali kulit buaya merah. Dihiasi dengan 323 butiran berlian putih yang ditetapkan pada sarung jam berdiameter 44mm ini, Rihanna seperti memadankan lirik dengan lagu popularnya Diamonds.

Arloji Brilliant Northern Lights diperbuat dari keluli tahan karat yang mendakap ilham jauhari lalu dihiasi berlian dengan teknik penetapan pavé sejumlah 11.26 karat. Ia turut memaparkan kerangka pergerakannya atau dipanggil skeleton eksklusif ubuat Jacob & Co.
Turut, diliputi dengan kristal merah sepenuhnya yang jarang sekali ditemui. Ianya adalah salah satu daripada beberapa jam tangan Jacob & Co. yang dimiliki oleh Rihanna dan dilihat sentiasa memakainya.
Pautan berkaitan: Ini 3 Koleksi Jam Tangan Unik Milik Rihanna
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
