Keharmonian Hitam dan Putih Chanel J12 Paradoxe

Keharmonian Hitam dan Putih Chanel J12 Paradoxe

Dilancarkan pada tahun 2000, buat kali pertama direka dengan warna hitam yang klasik, diikuti pula dengan reinkarnasi berwarna putih tiga tahun selepas itu. J12 sebuah jam tangan daripada Chanel merevolusikan dunia pembuatan jam tangan dan telah dinobatkan sebagai ikon jam tangan pertama abad ke-21. Sejak pertama kali dilancarkan, J12 telah memecah sempadan dan berdiri teguh di dalam konvensyen dunia pembuatan jam tangan. Dua puluh tahun kemudian, J12 dari Chanel ini masih menerapkan nilai kreatif dan semangat lebih berani. 

Photo: CHANEL

Melangkah ke hadapan dengan memegang semangat yang sama, J12 kini tampil lebih berani dengan menggabungkan kuasa dinamik warna hitam dan putih. Buat kali pertamanya, hitam dan putih bersatu teguh tanpa sebati membina satu garis paradoks sebagai siluet dan daya penarik yang penuh karisma. J12 Paradoxe kini menggabungkan cahaya dengan misteri bak waktu siang dan malam. Tentu sekali pembuatan jam tangan J12 Paradoxe ini dikuasai sepenuhnya oleh CHANEL Manufacture di Switzerland.

See also
Tips Memilih Meja Sisi

Estetik yang unik ini adalah hasil pencapaian teknikal yang sangat tinggi memotong dan menyatukan dua bahagian casing seramik dengan dimensi berbeza (putih dan hitam). Direka khas dengan seramik tahan calar, Chanel ternyata memastikan potongan jam tangan J12 Paradoxe sempurma tanpa menjejaskan bahan yang memerlukan perhatian dari pakar. Setelah kedua bahagian itu dipotong, ia kemudiannya dipasang pada sokongan logam di mana caseback nilam diaturkan. Misi yang penuh dengan teliti ini dirancang khas untuk J12 Paradoxe, kerana pembuatannya memerlukan elemen dua nada dail dan bezel.

Dailnya yang hampir dilitup sepenuhnya dengan warna putih, disempurnakan pula dengan sebatan hitam pada bahagian kanan jam. Dengan menggunakan tampografi, cincin bezel yang pada mulanya berwarna hitam, kemudiannya berwarna putih, menaikkan lagi keharmonian dua nada. Bahagian warna hitam jam tangan ini mesti dikekang agar kemudiannya dipadamkan untuk mewujudkan penjajaran yang seimbang dan sempurna pada garis penumpuan gelang seramik putih.

Identiti dua nada pada jam tangan J12 Paradoxe dari Chanel ini menunjukkan perbezaan yang jelas dan ternyata penuh unsur dramatik apabila dilihat dari hadapan, memperlihatkan pelengkap sempurna kedua-dua warna dengan ciptaan yang sama. Black against white. White against black.

Photo: CHANEL

Juga dengan kepakaran yang sama, Chanel mengeluarkan J12 Paradoxe Diamonds, menyempurnakan koleksi J12 Paradoxe. Didatangkan dengan estetik black and white, J12 Paradoxe Diamonds mempunyai litupan sepenuhnya dengan warna hitam, dan dilengkapkan pula dengan litupan berlian pengganti elemen warna putih hanya dengan lebih kilauan; buat peminat berlian.

See also
David Beckham & Biotherm Homme Hasilkan Koleksi Penjagaan Wajah Terbaru

Either way, it’s still black against white, and vice versa!