fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
10 Filem Mesti Tonton Pada Musim Perayaan Ini
5 Dekorasi Rumah Pintar Pilihan GLAM
“Saya Berasa Jijik” – Bebe Rexha Berkongsi Pergelutan Perit Dengan Imej Tubuh
Jam Tangan Mewah Menyerikan Penampilan Siti Nurhaliza Di Minggu Fesyen Kuala Lumpur
Permaisuri Camilla Langgar Satu Tradisi Tertua Di Britain

Johnny Depp Angkat Kisah Hidup Amedeo Modigliani Ke Layar Perak

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Filem itu bakal diadaptasi daripada teater berjudul Modigliani karya Dennis McIntyre yang dipentaskan pada 1979. Ia berlatar belakang tahun 1916 sewaktu kehidupan pelukis itu dilanda krisis dan menampilkan rakan artisnya, Maurico Utrillo serta Chaïm Soutine termasuk penyair Beatrice Hastings yang merupakan kekasih dan sumber inspirasinya ketika itu.

Tiada butiran mengenai barisan pelakon didedahkan setakat ini namun memandangkan Amedeo meninggal pada usia muda iaitu 36 tahun, Johnny mahupun Al Pacino dijangka tidak akan menggalas watak utama.

Selain sibuk menjadi pengarah, bintang Pirates Of The Caribbean itu baru-baru ini turut dipilih untuk membintangi sebuah filem biopik mengenai ketua gundik Diraja pada abad ke-18, Jeanne du Barry sebagai Raja Louis XV. Berlatar belakang Istana Versailles di Perancis, ia telah pun memulakan penggambaran pada Julai lalu.

Johnny Depp

Foto: Twitter

 

Foto: Getty Images

 

Baca: Johnny Depp Kembali Sebagai Wajah Dior Sauvage Cologne

 

 

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse