fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Mengapa Terapi Ozon Rektum Amalan Gwyneth Paltrow Membahayakan?
Janji Temu Romantis Kylie Jenner Dan Timothée Chalamet Di Kota Paris
Uniqlo Lancar RE.UNIQLO Studio Pertama Di DA Square
F1 The Movie: Pengalaman Sinematik Buat Dunia Perlumbaan
7 Permainan Tradisional Jenama Mewah Untuk Tahun Baru Cina

Di Sebalik Majlis Perkahwinan Penuh Tradisi Barbara Palvin & Dylan Sprouse

Lima tahun menyulam cinta, aktor Dylan Sprouse dan model Barbara Palvin secara rasminya bergelar suami isteri pada 15 Julai lalu.

Pasangan pelakon dan model itu memuat naik beberapa momen intim daripada majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Hungary. Dylan Sprouse dan isterinya turut berkongsi pandangan tentang perkahwinan idaman mereka yang akhirnya menjadi kenyataan.

Glam kongsikan butiran mengenai perkahwinan pasangan sama cantik sama padan, Dylan Sprouse dan Barbara Palvin.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Acara Bertukar Ikrar Perkahwinan

“Kata mereka, satu-satunya tugas saya pada hari itu adalah untuk hadir dan tidak tersalah sebut nama pengantin perempuan,” seloroh Dylan Sprouse. Pasangan itu bertukar ikrar perkahwinan di sebuah gereja di Albertirsa yang menyimpan memori istimewa. Ia adalah gereja sama di mana ibu bapa Barbara Palvin disatukan sebagai suami isteri lebih tiga dekad lalu. “Semua orang yang kami sayangi berada di sana. Kami tidak dapat menahan air mata. Cuaca hari itu begitu sempurna dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Ia merupakan detik terindah yang kami tidak akan lupakan sampai bila-bila,” tambah model itu.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse