Mengapa Terapi Ozon Rektum Amalan Gwyneth Paltrow Membahayakan? - Glam Malaysia
Mengapa Terapi Ozon Rektum Amalan Gwyneth Paltrow Membahayakan?

Mengapa Terapi Ozon Rektum Amalan Gwyneth Paltrow Membahayakan?

Aktres dan usahawan, Gwyneth Paltrow sememangnya tidak asing lagi dengan amalan diet terlalu ketat dan rutin kesihatan yang membimbangkan.

Bercakap dalam podcast The Art of Being Well baru-baru ini, Gwyneth Paltrow ditanya oleh Dr Will Cole mengenai amalan kesihatan paling pelik yang pernah dilakukannya. Dia menjawab, “Saya mengamalkan terapi ozon di bahagian rektum. Ia agak pelik tapi sangat membantu.”

Menurut The Cleveland Clinic, ia adalah terapi yang menggunakan gas ozon gred perubatan yang dipantau melalui alat penjana ozon yang boleh dimasukkan ke dalam tubuh dengan pelbagai cara. Ia boleh dimasukkan menerusi dubur seperti yang dilakukan Gwyneth Paltrow, disapukan ke kulit, disuntik ke dalam darah dan otot. Ia bahkan boleh ditelan dengan meminumnya bersama sedikit air atau minyak.

Gwyneth Paltrow

Foto: TikTok

Terapi ozon dikatakan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan seperti mengurangkan tekanan oksidatif, menggalakkan sistem imun serta melindungi tubuh daripada bakteria dan kulat. Ozon adalah molekul gas yang terdiri daripada tiga atom oksigen, menurut The American Lung Association. Ia juga dikenali sebagai asap yang berbahaya jika dihidu.

See also
Musim Sakit, Ini Petua Untuk Hilangkan Batuk dan Kering Tekak!

Pakar Kesihatan Memberi Amaran Mengenai Bahana Terapi Ozon Rektum Yang Dilakukan Gwyneth Paltrow

“Peringatan mingguan saya kepada anda untuk berhenti memasukkan benda-benda pelik ke dalam dubur. Ini termasuk gas atmosfera teroksida,” Clement Lee, MD, MSc, pakar di Hospital Kanak-kanak Boston menulis di Twitter. Dr Stuart Fischer, doktor perubatan yang turut mempelajari perubatan alternatif termasuk terapi ozon menyatakan bukti saintifik yang menyokong amalan itu hanya ‘indah khabar dari rupa’.

“Mungkin terdapat beberapa faedah atau kesan sampingan yang tidak diketahui. Keberkesanan dan kaedahnya sangat membimbangkan.”

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) pernah mengeluarkan amaran mengenai terapi ozon dan penggunaannya pada tahun 2019. “Ozon adalah gas toksik tanpa manfaat perubatan yang digunakan dalam terapi khusus, tambahan atau pencegahan.”

Gwyneth Paltrow

Dr Stuart Fischer menasihatkan orang ramai yang ingin mendapatkan manfaat terapi ozon agar beralih kepada pengambilan makanan tambahan seperti suplemen antioksidan. Ia membantu melambatkan proses penuaan sel, seperti yang dikatakan mampu dilakukan terapi ozon.

 

Foto: Getty Images

See also
Anggun Dan Jelita! Kenali 5 Puteri-Puteri Sultan Pahang Ini

Baca: 5 Petua Kecantikan & Kesihatan Kerabat Diraja