Acer Swift 5, Komputer Riba Mesti Miliki - Glam Malaysia
Acer Swift 5, Komputer Riba Mesti Miliki

Acer Swift 5, Komputer Riba Mesti Miliki

GLAM berpeluang mendalami kehebatan Acer Swift 5, komputer riba premium nipis, ringan dan berkuasa tinggi ini. 

Mencari komputer riba yang bukan sahaja trendy, akan tetapi sempurna dalam segala aspek bukan mudah. Apabila berpeluang mendekati serta merasai sendiri pengalaman bersama Acer Swift 5 daripada Acer ini, ternyata inilah peranti yang dicari-cari. Sangat sesuai untuk anda yang bekerjaya sibuk namun mahukan sesuatu yang memudahkan hidup serta kerja anda.

Elegan Dengan Suntikan Kuasa Tinggi

Cukup elegan, komputer riba ini menampilkan casis kerangka utama berwarna hijau bermaterialkan aluminium gred aeroangkasa. Menggunakan aluminium 6063 dengan kadar kekerasan setinggi 75HV membuatkan ia sebagai pelindung terpadat dalam melindung komponen mudah rapuh di sebelah dalam komputer ini. 

Dimesinkan dengan CNC berkelajuan 10,000 saat tepat. Manakala ketebalannya pula adalah 14.95mm serta berat 1.2kg. Jika dilihat pada sisi komputer riba ini, terdapat layangan rona emas mewah. Untuk mencipta rona bahagian ini, permukaannya perlu dianodkan sebanyak dua kali untuk memberi identiti peribadi pada Swift 5 ini. 

See also
Kate Middleton Bakal Mencipta Sejarah Diraja

 

Acer Swift 5, Komputer Riba Mesti Miliki

 

Bercakap tentang fungsi pendingin yang terdapat dalam kejuruteraan komputer riba ini, Swift 5 tampil dengan teknologi yang dinaiktaraf. Menggunakan teknologi TwinAir dengan dua kipas berkuasa tinggi dengan prestasi 65.8% lebih bagus daripada penggunaan satu kipas. Ditempatkan sebelah kiri dan kanan agar angin dingin dapat diagihkan dengan seimbang pada seluruh bahagian.

Bukan itu sahaja, dikuasakan dengan pemproses Intel® CoreTM generasi ke-12 yang menampilkan 12 teras berserta grafik Iris® Xe, kemudian hadir dengan tempat penyimpanan seluas 1TB juga adanya PCle Gen 4 SSD, menjadikan ia satu inovasi luar biasa serta berprestasi tinggi. 

Segalanya Premium

Diiktiraf juga dengan Intel®EvoTM kerana memiliki kadar responsif yang luar biasa, jangka hayat bateri terbaik, pengecasan pantas dan skrin bangun dengan segera. Generasi terkini Swift 5 ini menujukkan sehingga 47 peratus persembahan penambahbaikan sistem prestasi lebih baik berbanding koleksi yang terdahulu.

 

 

Bateri memainkan peranan penting untuk setiap peranti, ini termasuk komputer riba. Untuk Swift 5, prestasi bateri agak memuaskan. Ia mampu bertahan sehingga sehingga 14 jam. Dan jika anda mahu mengecas komputer riba ini, ia mampu memberikan hasil pantas di mana dengan hanya 30 minit pengecasan sudah boleh menjanjikan jangka hayat penggunaan selama empat jam atau lebih. Kehebatan komputer riba ini juga menunjukkan fungsi skrin bangun segera yang berkelajuan selaju kurang daripada satu saat.

See also
Deepika Padukone Rahsiakan Kehamilan Sulung

Peranti Pintar

Swift 5 ini paling sesuai untuk anda yang sering bekerja melalui panggilan video alam maya. Dengan paduan teknologi Definisi Tinggi Penuh (FHD) untuk kamera berserta Temporal Noice Reduction (TNR) ini memberikan pengalaman panggilan video lebih memuaskan. Kualiti gambar yang tinggi walaupun berada di kawasan kurang pencahayaan. Tidak cukup dengan itu, adanya lagi suntikan teknologi Acer PurifiedVoiceTM bersama AI Noice Reduction membuatkan panggilan video anda lebih bermakna.

 

Pautan Berkaitan: