Bertemu Secara Rahsia, Cinta Bennifer Bertaut Kembali? - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Bertemu Secara Rahsia, Cinta Bennifer Bertaut Kembali?

Bertemu Secara Rahsia, Cinta Bennifer Bertaut Kembali?

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dan ternyata dakwaan itu benar apabila satu foto yang menampakkan kelibat Affleck di tempat duduk penumpang dalam kenderaan putih milik penyanyi itu tular beberapa hari lalu.

Pertemuan rahsia ini dikatakan berlangsung sekurang-kurangnya tiga kali sejak Lopez pulang dari Republik Dominika untuk penggambaran filem Shotgun Wedding bulan lalu.

Dan masihkah anda ingat makan malam antara A-Rod dan penyanyi ini di Hotel Bel Air selepas mereka mengumumkan perpisahan?

Menurut sumber, Affleck berada di sana sehari sebelumnya dan dihantar ke hotel tersebut oleh sebuah SUV putih! Jadi, mungkinkah ini petanda Bennifer akan kembali?

Lopez dan Affleck jatuh cinta pandang pertama saat berlakon dalam filam Gigli pada 2002. Mereka menjalin hubungan selama dua tahun sebelum memutuskan pertunangan pada 2004.

A Look Back at 'Gigli,' the Infamous Bennifer-Starring Film, On Its 10th  Anniversary
Foto: Columbia/Everett

Foto: Vanityfair

Baca: Tiada Lagi J-Rod! Jennifer Lopez & Alex Rodriguez Sah Putus Tunang