Anugerah Syawal Shaheizy Sam & Syatilla Melvin - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Anugerah Syawal Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Anugerah Syawal Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menerusi satu lagi perkongsian, Shaheizy Sam turut mendedahkan anak ketiganya itu berkongsi tarikh ulang tahun kelahiran yang sama dengan cahaya mata sulungnya, Syeriv Samheizy yang kini berusia lima tahun.

“Same day, same place with the same loads of love. Happy birthday to both of you. 9th May 2022,” tulisnya sebagai kapsyen pada sebuah video yang merakamkan momen sambutan hari jadi Syeriv di hospital.

Selain Syeriv, pasangan itu turut memiliki seorang lagi cahaya mata iaitu Sarima Samheizy yang dilahirkan pada April 2019.

Pasangan itu pernah berhadapan dengan episod duka sebelum ini apabila Syatilla mengalami keguguran sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2016, 2018, dan 2021.

 

 

Baca: Kaka Azraff & Ernie Zakri Dikurnia Cahaya Mata Pada Tarikh Istimewa