Kenali Izza Atirah, Wanita Pilihan Aazief Khalid
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioPerkahwinan antara Aazief Khalid dan pasangannya, Izza Atirah yang berlangsung pada Sabtu lalu dalam majlis penuh tertutup menjadi perhatian umum.
Muhammad Aazief, 28, merupakan anak bongsu kepada usahawan Datuk Khalid Mohamad Jiwa dan bekas isteri YM Tengku Zawyah Tengku Izham, serta anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Pernikahan Aazief dan Izza disempurnakan dengan sekali lafaz dan mas kahwin diberikan dalam bentuk satu dinar emas. Kedua-dua pasangan ini sangat cantik menggayakan busana serba putih — Aazief menyarung baju Melayu dan Izza dalam kurung rekaan Teh Firdaus pada hari istimewa mereka.
Suri hati Aazief Khalid

Kredit foto: Instagram @ctdk
Kenali siapa wanita yang berjaya menjadi menambat hati Aazief, Izza Atirah atau nama sebenarnya Izza Atirah Binti Shirafuddin. Walaupun tidak banyak maklumat tentang dirinya di media sosial, perkahwinannya dengan Aazief telah menarik perhatian ramai untuk mengenali wanita yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga ternama itu.
Izza, 29, yang kini sah bergelar isteri Aazief Khalid, bekerja sebagai pakar pemasaran teknologi di sebuah syarikat telekomunikasi ternama di Malaysia. Izza dipercayai merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik dan mempunyai seorang adik lelaki.

Kredit foto: Instagram @aaziefkhalid
Perwatakannya yang lembut dan raut wajah manis menyerlahkan sisi dirinya yang tenang dan sederhana. Berdasarkan pemerhatian, Izza juga gemar membaca buku dan dikenali sebagai seorang yang lebih selesa menjalani kehidupan secara peribadi.
Pada 23 Ogos 2025, Aazief dan Izza sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis penuh meriah yang disaksikan oleh keluarga serta rakan-rakan terdekat.
View this post on Instagram
Sorotan LainZul Ariffin Idam Tunai Dua Hasrat Jika Bergelar Suami
Senarai Penuh Pencalonan SAG Awards 2024
Bingkisan Kuning Istimewa Dari Istana Negara Buat Remy Ishak & Isteri
Bila Dunia Kehilangan Diane Keaton, Filem-Filem Ini Jadi Kenangan Terindah
Derita Cinta Putus Berganti Bahagia Dipenghujungnya
4 Tahun Menyepi, Evanescence Kembali Dengan Better Without You![]()
Sebelum ini, pada majlis malam berinai bertemakan ‘Arabian Night’ itu berlangsung indah di Al Halabi Gourmet, Pavilion Damansara Heights, Izza kelihatan anggun menggayakan abaya dan berselendang krim.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran ibu mentua dan kakak ipar Izza iaitu Nasha Alyssa, Izara Aishah dan Tya Arifin serta persembahan istimewa oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza. Di sisi Izza pula, ibunya, ahli keluarga dan rakan-rakan rapat turut hadir bagi meraikannya hari istimewanya.

Kredit foto: Instagram @tyaarifinnw

Kredit foto: Instagram @tyaarifinnw
Untuk rekod, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada sekitar April lalu yang diadakan secara tertutup.
Artikel Berkaitan: Seri Pengantin Izza Atirah Disempurnakan Oleh Sentuhan Ahmad Dani
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
