Berita Gembira, Hailey Bieber Kini Hamil 6 Bulan
Selepas 5 tahun melangsungkan perkahwinan, Hailey Bieber kini berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pertama bersama Justin Bieber.
Masih ingatkan lagi dengan perkahwinan penuh eksklusif di antara Justin juga Hailey Bieber yang berlangsung di Montage Palmetto Bluff di South Carolina. Dihadiri oleh teman terdekat seperti Kendall Jenner, Kylie Jenner, Jaden Smith dan Joan Smalls. Masih segar di ingatan pada ketika itu. Hari ini, satu dunia dikejutkan dengan foto muat naik Hailey Bieber dan Justin yang menampilkan wanita ini sedang hamil.

Menyarung persalinan indah veil dan gaun renda Saint Laurent by Anthiny Vaccarello, beberapa kepingan foto ekstra dimuat naik oleh Justin yang menampakkan pasangan ini turut memperbaharui ikrar perkahwinan mereka serta beberapa foto penuh romantik. Tidak ketinggalan, ramai teman-teman selebriti turut berkongsi rasa gembira dengan meninggalkan ucapan di ruangan komen pada akaun milik pasangan ini. Antara selebriti yang berkongsi ucapan adalah Kim Kardashian, Bella Hadid, Khloe Kardashian, Sofia Richie, Kylie Jenner juga Kendall Jenner.






Kronologi Perkenalan Hailey Bieber dan Justin Bieber
- Hailey Baldwin bertemu dengan Justin Bieber pada tahun 2009. Ketika itu, kedua-duanya masih lagi melalui usia remaja dan pertemuan itu dikatakan agak canggung.
- Tahun demi tahun berlalu, pasangan ini dilihat mula rapat terutama sekali di dalam hubungan. Mereka dikatakan turut dilihat berkongsi ciuman tahun baru pada tahun 2016.
- Justin kemudiannya melamar Hailey pada Julai 2018 selepas hubungan cinta yang dijalinnya bersama Selena Gomez selama dua tahun berakhir dengan duka.
- Selepas pertunangan yang dilangsungkan begitu cepat, pasangan ini mengambil langkah untuk berkahwin di mahkamah New York City pada hanya dua bulan kemudian.
- Pada bulan September 2019, mereka mengadakan resepsi perkahwinan kedua di South Carolina.
- Pada 9 Mei 2024, Justin dan Hailey berkongsi video dan gambar upacara pembaruan ikrar mereka di Instagram serta mengumumkan bahawa mereka sedang mengharapkan anak pertama
Namun yang pasti, satu dunia ternyata gembira serta tidak ketinggalan meninggalkan ucapan positif buat pasangan ini. Selepas ini, pastinya kita semua bakal tertunggu-tunggu serta menantikan pula jantina bayi yang bakal dikongsikan pasangan ini!
https://www.instagram.com/p/C6wlWteP9s0/?img_index=1
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
