fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Selebriti Bollywood lontar Reaksi, Kareena Kapoor Mohon Diberi Ruang
Muhammad Faliq: Anugerah Terindah Puteri Aishah
Galaxy Unpacked
Puteri Beatrice Sambut Kelahiran Cahaya Mata Pertama
Putera Harry Didiagnos Menghidap ADD

Angelina Jolie Ucap Selamat Tinggal Kepada Agensi Pelarian PBB

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sepanjang dua dekad lalu, Angelina telah melawat 60 tapak lapangan termasuk di Iraq, Syria serta Afghanistan dan menyampaikan bantuan termasuk liputan media pada kawasan yang sering diabaikan. Kini dia mahu membela nasib pelarian dengan lebih meluas.

Dia mula menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai duta muhibah pada 2001 selepas melihat rakyat hidup dalam kemiskinan ketika menjalani penggambaran Tomb Raider di Kemboja. Dia bertekad mahu melakukan perubahan dan membantu menangani isu kemiskinan di negara itu.

Pada 2011 Angelina dilantik sebagai wakil khas pertubuhan itu. Menurut peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, semua misi kemanusiaan yang dijalankan oleh wakil khas perlu dibiayai sepenuhnya oleh selebriti itu sendiri.

Misi kemanusiaan yang pernah dijayakan ibu kepada enam cahaya mata itu termasuk melawat kem pelarian di Turki untuk mengetengahkan nasib pelarian Syria, membantu pelarian Bosnia yang menderita akibat perang saudara, dan menderma sebanyak RM437,000 kepada mangsa banjir besar di Pakistan pada 2010.

angelina jolie

Foto: Reuters

 

Foto: Getty Images

 

Baca: Punca Sebenar Perceraian Brad Pitt-Angelina Jolie Terbongkar Selepas Tiga Tahun

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse