fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Ini 8 Hotel Baru 2026 Yang Wajib Masuk Luxury Wishlist Anda
Lee Chae-min ‘Take Over’ Dunia K-Drama! Ini Senarai Siri Wajib Tonton Tahun Ini
Consentino Dekton; Menjunjung Seni & Ketukangan
Pickleball vs Padel: Apakah Perbezaannya?
KL Festival 2026 Kembali Menjadi Pentas Warisan Seni Malaysia

5 Selebriti Yang Memiliki Empayar Bernilai Bilion Dolar

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Oprah Winfrey: Pelabur Bijak Dalam Firma Bernilai Bilion Dolar (USD3.5 bilion)

Pengacara ini tidak bersara apabila mengakhiri rancangan popular, Oprah Winfrey Show pada 2011 ketika berusia 57 tahun. Sebaliknya, dia terus melebarkan sayap perniagaan dan mengaut keuntungan bernilai USD3.5 bilion.

Sebahagian daripada kekayaannya datang daripada peranannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Harpo Studios yang ditubuhkannya pada 1986. Syarikat ini merupakan pemilik bersama Oprah Winfrey Network (OWN), saluran televisyen yang menampilkan program hiburan dan gaya hidup buat penonton berkulit hitam. Ia juga merupakan penaung O, The Oprah Magazine dengan 2.4 juta langganan bulanan sehingga Disember 2020, menjadikannya salah sebuah majalah wanita terlaris di Amerika Syarikat.

Namun begitu sumber kekayaan terbesarnya datang daripada pelaburan bijak dalam beberapa syarikat bernilai bilion dolar seperti pemakanan nutrisi global dan penurunan berat badan, WW International (USD1.4 bilion) dan makanan Sweeden, Oatly Group (USD1.6 bilion). Bersama-sama Natalie Portman dan Jay-Z, Oprah tersenarai sebagai ahli Blackstone Group yang memegang saham sebanyak 10 peratus dalam Oatly. Dia turut menyumbang satu perempat dana yang terkumpul kepada Apeel Science (USD1 bilion) dan merupakan pemegang saham program televisyen, King World Productions ketika ia dijual kepada CBS lebih dua dekad lalu pada harga USD2.5 bilion.

Oprah Winfrey

Foto: Instagram

 

 

Foto: Justin Stephens/Kendall Jenner/Getty Images

 

Baca: 5 Selebriti Yang Menyarung Gaun Perkahwinan Sendiri Ke Acara Hiburan

 

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse