Coachella 2024: Momen Terbaik Minggu Pertama - Glam Malaysia
Coachella 2024: Momen Terbaik Minggu Pertama

Coachella 2024: Momen Terbaik Minggu Pertama

Coachella merupakan acara festival muzik yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai dari seluruh dunia setiap tahun. Tahun ini, Coachella menampilkan persembahan daripada selebriti-selebriti terkenal seperti, Lana Del Rey, Doja cat dan ramai lagi!

Festival Muzik dan Seni Coachella Valley yang ke-23 kali ini sememangnya menjadi bualan hangat terutamanya di media sosial. Bertempat di Empire Polo Club Indo, California, festival ini menjadi satu acara yang paling ditunggu-tunggu dengan senarai persembahan oleh selebriti kelas pertama yang cukup popular. Coachella berlangsung dengan dua slot waktu yang berbeza dan minggu pertama sudah pun berakhir. Jom ikuti GLAM imbas semula antara momen terbaik sepanjang Coachella 2024 minggu pertama berlangsung.

#Throwback Momen Terbaik Sepanjang Minggu Pertama Coachella 2024 Berlangsung

Lana Del Rey berduet bersama Billie Eilish

Pada minggu pertama, Lana Del Rey antara barisan utama selebriti yang melakukan persembahan di Coachella. Penyanyi yang popular dengan suara syahdu itu memberi persembahan ikonik buat peminatnya untuk diingati. Antara momen ikonik daripada Lana Del Rey adalah apabila dia muncul dengan menaiki motosikal sebagai intro sebelum memulakan persembahan. Tambahan lagi, Lana Del Rey turut menampilkan Billie Eilish sebagai pasangan duetnya untuk menyanyi bersama. Membuatkan ramai menjadi obses dengan persembahan daripada dua selebriti dengan suara seperti angel ini.

‘Rhode Booth’ di Coachella

Rhode yang merupakan label jenama penjagaan kulit terkenal oleh Hailey Bieber, turut sertai acara festival muzik Coachella kali ini. Tidak dapat dinafikan, Rhode sememangnya bijak dalam menguruskan aktiviti pemasaran. Jenama ini menjadi salah satu brand activations buat Coachella 2024 kali ini di mana, festival ini dihadiri lebih 200,000 peminat dari seluruh dunia. Paling menarik, Rhode mengubah fantasi ini menjadi realiti di Coachella dengan pengaktifan gerai foto comel mereka. Bukan sekadar gerai foto biasa, buat mereka yang mencuba gerai foto ini turut berpeluang memiliki lip tint terkenal daripada Rhode!

Bualan Hangat Pakaian Sabrina Carpenter

Beraksi di atas pentas dengan penuh gemilang, Sabrina Carpenter tampil dengan dua rupa pentas yang cukup menawan! Sabrina Carpenter memanfaatkan salah satu trend musim bunga/musim panas dengan skirt mini ultra daripada Miu Miu. Pakaian pementasan seterusnya pula adalah daripada Roberto Cavalli dan ianya cukup mempersonakan. Ia menjadi bualan hangat di media sosial kerana Sabrina kelihatan sungguh cantik sekali ketika membuat persembahan di pentas Coachella tahun ini.

Persembahan Ikonik Doja Cat

Doja Cat bukan sahaja memberi persembahan yang cukup memuaskan, malah dia menarik perhatian ramai dengan gaya pementasannya yang sangat unik dan pelik. Doja menggemparkan pentas Coachella dengan pemilihan baju berbulu seakan rambut perang yang panjang bersama penari latarnya. Antara lagu yang turut dipersembahkan adalah “Demons” dan “Agora Hills”. Persembahan oleh Doja Cat membuatkan ramai teruja dan langsung tidak sabar menanti festival Coachella untuk minggu kedua pula!

Artikel berkaitan: Coachella 2023 : Lihat Gaya Menarik Pilihan GLAM