3 Fakta Menarik Tentang YM Dayang Anisha Rosnah binti Adam, Suri Hati Putera Mateen - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Anisha Isa-Kalebic

3 Fakta Menarik Tentang YM Dayang Anisha Rosnah binti Adam, Suri Hati Putera Mateen

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

#3 Cucu Pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei

Bukan calang-calang, YM Dayang Anisha Rosnah adalah cucu kepada penasihat Sultan Hassanal Bolkiah, Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa bin Awang Ibrahim. Beliau juga merupakan seorang Menteri yang diberi gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja”. Menerusi laman sesawang kerajaan Brunei ada tertulis latar belakang Pehin Dato Awang Isa ini di mana beliau juga merupakan Pengasas syarikat penerbangan Royal Brunei dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi pada tahun 1974 hingga 1984. Pada masa yang sama beliau dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara pada tahun 1968 dan Timbalan Menteri Besar pada tahun 1970. Tahun 1971, beliau dilantik sebagai Penasihat Am buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sehinggalah tahun 2005.

Anisha pula merupakan graduan universiti popular di England dan memiliki perniagaan fesyennya yang tersendiri di beri nama Slik Collective. Dia juga dikatakan memiliki perniagaan bersama rakan baiknya yang diberi nama Aunthentirary yang merupakan perniagaan sektor pelancongan.

See also
Berapa Nilai Kekayaan Putera Hussein, Bakal Raja Jordan?

 

Pautan Berkaitan: 8 Prince Charming Serata Dunia Yang Bisa Memikat Hati Anda