UNIQLO : C Kolabrasi UNIQLO Bersama Clare Waight Keller

Uniqlo Kolaborasi Dengan Clare Waight Keller Lancar Koleksi Uniqlo : C

UNIQLO mengumumkan kerjasama bersama pereka fesyen Britian terkenal, Clare Waight Keller untuk koleksi pakaian wanita UNIQLO : C.

Koleksi terbaru ini menyaksikan rekaan fluid, siluet moden dan penggunaan rona-rona lembut bagi memberi nafas baru kepada UNIQLO LifeWear.

Bagi mereka yang masih tidak tahu, Clare Waight Keller pernah bernaung di bawah rumah fesyen terkemuka dunia termasuk Givenchy serta Chloe. Malah beliau juga telah memenangi Anugerah Pereka Pakaian Wanita Terbaik di Anugerah Fesyen British dan pernah dinamakan sebagai salah seorang yang paling berpengaruh pada tahun 2019 oleh Majalah TIME.

uniqlo : c clare waight keller

Koleksi UNIQLO : C menggabungkan teknik terkini dengan reka bentuk yang canggih, hasil kepakaran Clare Waight Keller. Gabungan ini menghasilkan pakaian yang mengutamakan keselesaan dan fungsi, selaras sempurna dengan tuntutan gaya hidup kontemporari.

Setiap helaian dalam koleksi ini unik, tailor-made dengan penuh dengan keselesaan. Nama UNIQLO : C diinspirasikan oleh huruf C iaitu Curiosity, Conversation, City, Clarity, Connection dan Creativity serta ia juga merupakan huruf pertama nama pereka fesyen Clare. 

uniqlo : c

Helaian dalam koleksi ini pula diinspirasi oleh gaya klasik British, ia menampilkan helaian seperti trench coat klasik, PUFFTECH blousons dan kot yang lightweight dan dirawat khas dengan teknologi anti-statik. 

See also
Bella Hadid dan The Weeknd Berpisah

Malah hadir juga skirt maxi pleated dan dress dalam corak Paisley untuk mereka yang mahukan sesuatu lebih feminin dan lembut. Bagi mereka yang mahukan aksesori, UNIQLO : C juga hadir dengan tas tangan ikonik yang chic serta sepatu yang mampu menambah lagi keanggunan penampilan.

Bual Bicara Bersama Clare Waight Keller Untuk UNIQLO : C

Kami diberi peluang untuk menemu bual Clare tentang inspirasi di sebalik koleksi ini.

Bolehkah anda berkongsi inspirasi di sebalik koleksi UNIQLO : C?

Sudah pasti! Saya fikir buat kali pertamanya, saya benar-benar bekerja dari London dan sort of absorbed around my home country. Sudah tiba masanya untuk saya melihat kembali helaian saya dan memahami apa yang saya ingin sampaikan. Memandangkan jumlah gaya yang mereka berikan kepada saya agak terhad, saya perlu pertimbangkan dengan teliti key pieces yang saya ingin sertakan.

uniqlo : c

Saya juga mendapat inspirasi daripada kota London sendiri, sebuah bandar yang meriah dengan street style eksenterik dan seni bina yang menawan. Khususnya di Kackney Wick, London Timur bersebelahan dengan Taman Olimpik. Ia seperti dijana semula sepenuhnya oleh artikek muda yang membina bangunan baru.

See also
Tahniah! Kenali Yana Najib, Anak Perempuan Najib Razak Penerima Ijazah Sarjana Dari Harvard

Malah bagi saya ia juga bagaikan titik permulaan yang menarik untuk pemilihan palet warna.

Bercakap tentang warna, bolehkah anda ujar lebih lanjut tentang pilihan warna dan corak koleksi ini?

Saya seringkali menggunakan warna-warna segar yang saya percaya ia amat penting. Kebiasaannya, koleksi luruh/sejuk menampilkan warna yang lebih gelap. Namun saya rasakan setiap helaian ini bakal muncul di pasaran bulan September, cuaca masih lagi panas terutamanya di Asia, saya percaya pengguna akan lebih gemar warna-warna segar ini.

Apa yang menarik minat saya tentang koleksi ini adalah keupayaan untuk memadan suai semua warna tanpa garis panduan ketat. Ia sememangnya palet yang versatil.

Mengenai corak pula, saya sentiasa mempunyai minat mendapat terhadap corak yang halus, dan saya menyasarkan untuk mencipta kontras dengan elemen geometrik. Ini membawa penggabungan corak plaids dalam koleksi.

Malah corak Paisley pula klasik dan saya amat tertarik dengan idea untuk menggabungkan corak Paisley yang abstrak dan tradisional. 

Kolaborasi biasanya mencetuskan kreativiti segar. Adakah terdapat unsur atau idea reka bentuk yang tidak dijangka yang muncul semasa proses mencipta koleksi ini?

Bagi saya, bahagian UNIQLO. Mereka sangat mahir seperti semua butiran teknikal kecil. Mereka sediakan semua helaian dengan penuh fungsi dan kemasan sempurna. Malah ini seperti second nature mereka kerana mereka telah membangunkannya dalam tempoh masa yang begitu lama. 

See also
Gaya Dinamik Jumpsuit

Tetapi bagi saya ini juga perkara yang sangat bagus kerana saya tidak pernah terlibat dengan sesuatu yang begitu teknikal dalam kerjaya saya. Saya telah bekerja dengan pelbagai jenama fesyen tetapi mereka lebih kepada  jahitan kemasan klasik. Jadi idea teknologi dalam pakaian sangat menarik. Jadi saya benar-benar banyak bekerja dengan teknologi ini.

Apakah cabaran terbesar dalam mencipta koleksi ini?

Jelas sekali, harga adalah satu cabaran. Walau bagaimanapun, saya harus mengatakan bahawa saya tidak merasa terlalu sukar kerana UNIQLO memberi saya banyak pilihan. Jadi, saya mempunyai banyak pilihan dalam kurungan harga itu.

Sudah tentu, saya berhati-hati semasa membuat pilihan. Selain itu, terdapat cara yang berbeza untuk mendekati sesuatu: membuat butiran yang bijak dan memastikan perkadarannya betul — yang mengekalkan tahap harga tetapi menawarkan kualiti yang hebat juga.

Artikel berkaitan: Lima Perkara Tentang Koleksi UNIQLO U Musim Bunga 2023