Twist Louis Vuitton beraksi Dengan Kaia Gerber
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioSudah masuk tahun ke-enam beg Twist ini diperkenalkan oleh Nicholas Ghesquiere di pentas Louis Vuitton. Beg yang mempunyai gancu berlogo LV sudah menempa namanya sebagai satu ikon moden buat jenama itu. Kini, beg ini terus dirayakan dengan karakter yang lebih segar. Apa yang meletakkan beg ini unik adalah pada gancunya. Ghesquiere mendapat ilham daripada arkib Louis Vuitton sendiri. Melalui clutch Epi Trapeze yang mempunyai gancu gabungan L dan V. Apabila mahu dibuka, laraskan sahaja L pada bentuk V! terus mencipta efek V yang sinonim dengan Louis Vuitton.

Beg yang hadir dalam rekaan yang cukup ringkas, serta menggunakan kulit Epi membolehkan ia sering digubah-gubah. Saban musim menjelma, pasukan di Louis Vuitton pasti memberikan hembusan gaya baru pada beg Twist. Ia sudah hadir dalam ratusan gaya yang unik serta percikan rona yang tiada batasannya. Tidak mustahillah, kali ini beg Twist ini dirias lain bagi meraikan musim baru. Serta, sekali lagi Kaia Gerber dijemput bagi menjadi wajah utama kempen beg ikonik moden di Louis Vuitton.
Cetusan baru koleksi Twist ini adalah penggunaan dwi rona pada gancunya memberi cetusan yang lebih menarik. Selain itu, tali bahunya pula direka lebih lebih untuk memberi rasa selesa ketika bergaya dengan beg yang satu ini. Juga, ia ditawarkan dalam gabungan rona yang lebih kontemporari seperti paduan jingga dan merah jambu pop atau biru berbalas dengan pink.
Pautan Berkenaan: Talk Show Gucci Dengan Beg #GucciBeloved
Artikel Berkaitan
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.


