Talk Show Gucci Dengan Beg #GucciBeloved - Glam Malaysia
talk show gucci

Talk Show Gucci Dengan Beg #GucciBeloved

Gucci memang bijak dalam menghasilkan kempen yang berkait rapat dengan pop culture. Paling terbaru, Gucci melancarkan satu siri kempen bertemakan talk show larut malam yang popular di Hollywood. Kempen yang berjudul The Beloved Show ini adalah untuk terus meraikan koleksi Gucci Beloved mereka. Rancangan bual bicara larut malam ini cukup disayangi oleh orang ramai. Kerana bintang-bintang yang muncul bersifat lebih mesra dan rasa dekat dengan penonton. Makanya, ia dijadikan idea untuk menambah rasa sayang oerang ramai pada barisan beg-beg koleksi Gucci Beloved.

talk show gucci
Dakota Johnson dengan The Gucci Dionysus bag

Bintang utama buat kempen Gucci yang direka oleh Harmony Korine adalah pengacara paling popular sekarang, James Corden. Dalam set The Beloved Show ini, Corden dirakam menemubual enam personaliti global. Mereka yang membintang kempen talk show Gucci ini adalah Awkwafina yang popular menerusi filem Crazy Rich Asians, bintang utama Fifty Shades Dakota Johnson dan aktres ikonik Diane Keaton. Selain itu ada tiga personaliti lain yakni, wajah Gucci, Herry Styles, pemain tennis utama Serena Williams dan terakhir adalah Sienna Miller.

SIenna Miller bawa beg Gucci Jackie 1961

Menerusi kempen baru ini, pengarah kreatif Gucci, Alessandro Michele menyifatkan yang sebenarnya beg itu adalah watak utama dalam hidup manusia. “Saya cukup cintakan beg! Perhaps they will be always be my greatest love! Ia adalah aksesori kegemaran saya. It was therefore natural for me to call some of the onesI created ‘Beloved’. Nma itu dtanag datiapda pengalaman peribadi saya dan cinta saya apda mereka ini.” ujar Michele.

talk show gucci
Awkwafina memilih beg GG Martmont
Diane Keaton berbeg Horsebit 1955

Pautan berkenaan: Valentino Garavani Mekar Dengan Adi Aksesori

See also
Yang Glamor dan Terkenal Di Chanel Metiers d’Art Show 19/20