Related Stories
Koleksi Terbaharu Anya Hindmarch Ketengahkan Individualiti

Jika dahulu mereka terkenal dengan rekaan beg kanvas “I’m Not A Plastic Bag”, jenama British ini bakal menggegarkan dunia fesyen sekali lagi — kali ini dengan koleksi terbaharu Build A Bag mereka. Ia baru sahaja dilancarkan buat musim luruh 2017!
The Bucket Bag, iaitu gaya baharu buat musim luruh 2017 memberikan vibe personal kepada si pemakai. Hal ini kerana tiada satu beg yang sama kerana setiap satu boleh direka mengikut cita rasa tersendiri. Si gadis fesyen boleh berikan spotlight kepada gaya peribadi sendiri melalui 3 langkah yang mudah dan ringkas!

Pertama, pilih base kamu. Pilihannya termasuklah saiz besar dan kecil dalam kulit biasa atau kulit ular, namun kedua-dua saiz sangat ringan! Ia juga didatangkan dalam pelbagai warna bak pelangi. Kedua-dua material berlapik suede.
Kemudian, pilih pemegang — dari bulu mink, shearling, eksotik dan kulit dalam berbagai-bagai rona warna. Kamu juga boleh pilih strap bahu jenis sulam, penghias lekap atau kulit bagi feel klasik. Akhir sekali dan yang paling penting, aksesori! Charm beg (bulu mink, kulit dan shearling), key fob, tassel dan penghias lekat.
Dengan beratus-ratus kombinasi yang berbeza, setiap Build A Bag unik seperti si empunya. Mungkinkah ia menjadi staple almari anda?

Artikel Berkaitan
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
