Ini Lima Maskot Coachies oleh Coach!
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio
Bagaikan satu semangat yang cukup girang, Coach melancarkan koleksi khas bernama Coachies dengan lima bintang utamanya!
Coach mahu mewujudkan larger than live personality buat koleksi yang satu ini. Maka tiga item Coach yakni beg Rouge, beg silang Kira dan dompet kad dipilih untuk himpunan Coachies! Kesemua item eksklusif ini hadir dengan lima watak yang berbeza-beza. Ia membawa karakter lebih bersahaja dalam dunia yang makin dilihat cukup serius! Tambah gayamu dengan gaya humor daripada Stuart Vevers buat Coachies di Coach!
Koleksi edisi terhad Coachies ini adalah satu usaha Coach dalam mempertunjukkan seni kraf mereka. Setiap beg dihasilkan menggunakan material ikonik Coach yakni glovetanned yang cukup lembut. Bagi menaikkan lagi nilai seni kraf pada himpunan ini, Coach turut memberikan perincian seni tiga dimensi pada permukaan beg seperti tampalan mata dan bibir. Nyata memberi karakter yang unik pada Coachies semua!
Beg Rogue sudah diperkenalkan sejak 2016 dan ia menzahirkan karakter yang pelbagai. Jika anda seorang yang berjiwa bebas, rebels dan hidup dengan penuh impian, beg ini mampu menjadi pelengkap gaya. Beg edisi terhad ini turut menggunakan Signature Textile Jacquard, yang diperbuat mengggunakan bahan kitaran plastik dan kapas. Satu usaha murni Coach dalam menjaga kelestarian alam sekitar!
KENALI LIMA WATAK COACHIES!

Memperkenalkan Winkie, satu maskot yang berwatak menggoda, flighty, bersungguh dan punya karakter yang suka bergurau senda! Permukaan beg ditambah dengan jahitan tiga dimensi bagi mencipta karakter Winkie. Matanya diperbuat dengan grommet dan dijahit atas kulit agar nampak lebih semulajadi! Dua logo Signature pada sisi seakan tangan yang siap sedia untuk berjenaka dengan kamu! Beg Rogue 17, RM3,200.
Artikel Berkaitan: Coach x Tom Wesselmann, Mengedepankan Spirit Optimis
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.


