The Exceptional Lady - Glam Malaysia
omega marion caunter

The Exceptional Lady

Sofistikated rekaan jam tangan ditambah dengan seni teknikal yang rumit menjadi tunjang utama koleksi arloji di Omega. Marion Caunter menzahirkan simbol terbaik wanita Omega dalam pilihan jam tangan yang beraneka citranya.

MENJADIKAN MARITIM SEBAGAI INSPIRASI, TARUHAN SEAMASTER AQUA TERRA 150M CO‐AXIAL MASTER CHRONOMETER INI DIPERKEMAS DENGAN DAIL HIJAU YANG MEMPUNYAI EFEK DEK KAYU CETUSAN DARIPADA KAPAL LAYAR. CINCIN DAN GELANG TANGAN SEDONDON DARI KOLEKSI OMEGA FLOWER DIGUBAH DARI EMAS MERAH 18K LANTAS DIPERKEMAS DENGAN MOTHER-OF-PEARL DARIPADA OMEGA
DE VILLE TRÉSOR QUARTZ 36 MM DIGARAP DARI EMAS MOONSHINETM 18K CITRA OMEGA. PENAMPILAN INDAH GRADIEN LAKUER MERAH PADA LAMAN DAIL DIHARMONIKAN DENGAN ATURAN BERLIAN TEKNIK PAVÉ YANG MELINGKARI SISI CASE JAM. CINCIN LADYMATIC TAMPIL DALAM EMAS MERAH 18K BERTATAH 44 BUTIR BERLIAN. CINCIN KREASI OMEGA INI DITERJEMAH DENGAN CORAK BEROMBAK NAN MENGGODA
omega marion caunter
JAM KRONOGRAF IKONIK SPEEDMASTER MOONWATCH PROFESSIONAL CO‐AXIAL MASTER CHRONOMETER DIGARAP SEPENUHNYA DARIPADA EMAS SEDNA TM️ 18K. DIILHAMKAN OLEH GAYA SPEEDMASTER GENERASI KE-4 YANG DIBAWA KE BULAN, REKAAN ASIMETRI JAM TANGAN DIPADUKAN DENGAN LAMAN DAIL HITAM. GELANG TANGAN CONSTELLATION KEMASAN EMAS MERAH 18K DENGAN PERINCIAN BERLIAN 0.12 CT DAN BATU OPAL MERAH JAMBU
omega marion caunter
BUAT PERSONA YANG LEBIH MINIMAL LENGKAPI PERGELANGAN TANGAN BERSAMA JAM TANGAN SPEEDMASTER 38 MM DARI OMEGA INI. MEWAHNYA JAM TANGAN TERPANCAR DARI INDEKS SERTA JARUM YANG DIPERBUAT EMAS KUNING 18K. JAM DISEMPURNAKAN DENGAN BUTIRAN INTAN YANG MELINGKARI BEZEL BERSKALA TAKIMETER. CINCIN EMAS MERAH 18K OMEGA FLOWER DIPADANKAN BERSAMA GELANG TANGAN CONSTELLATION DALAM EMAS MERAH 18K YANG DIINDAHKAN DENGAN UKIRAN NOMBOR ROMAN

POST A COMMENT