Alo Yoga, jenama activewear kegemaran ramai bintang selebriti Hollywood seperti Hailey Bieber, Kendall Jenner, Jennifer Lopez dan ramai lagi ini kini membuka butik pertamanya di Malaysia di The Exchange TRX!
Sesungguhnya pembukaan Alo Yoga mendapat perhatian ramai terutama sekali buat para penggemar senaman yoga. Jenama fesyen dan gaya hidup yang berfokuskan kepada pakaian activewear mewah dan berkualiti ini adalah antara jenama idaman yang diingini ramai untuk melabuhkan butiknya di Malaysia. Syarikat induk The Melium Group yang bertanggungjawab membawa masuk jenama Alo Yoga ini memilih The Exchange TRX, sebagai lokasi debut yang mana pendapat kami adalah merupakan suatu pilihan lokasi yang cukup strategik terutama sekali buat pencinta fesyen.
Menurut Dato’ Sri Dr. Farah Khan, Pemilik dan Presiden The Melium Group,
Kami berasa teruja sekali dapat membawa Alo ke Kuala Lumpur. Nilai teras jenama ini adalah tentang amalan gaya hidup yang memberi ketenangan minda dan kesejahteraan, tidak membezakan antara gaya studio dan jalanan, dan menjadikan stail ‘sukan’ sebagai gaya harian kala bermain juga mengembara. Ini adalah sejajar dengannya komuniti global yang semakin berkembang dengan kehadiran individu yang memiliki pemikiran yang sama, menjadikan ini masa yang tepat buat kami untuk memperkenalkan ruang fizikal dan imersif pertama di Kuala Lumpur.

Tentang Alo Yoga
Buat anda yang mungkin belum mengenali jenama ini dengan lebih mendalam lagi, ianya adalah sebuah jenama gaya hidup premium yang berasal dari Los Angeles dan mereka memiliki misi tersendiri apabila melancarkan Alo Yoga. Alo yang merupakan akronim kepada “Air”, “Land” dan “Ocean” ini mahu membina komuniti yang mahu menyatukan ketenangan minda dan gaya hidup penuh berinspirasi. Dibina semenjak 2007, Alo kini menjadi antara jenama kegemaran ramai termasuklah selebriti popular Hollywood.
Pelancaran Butik Alo Yoga di Malaysia
Seperti butiknya di Malaysia, setiap perincian di dalam butik ini melambangkan selebrasi kesejahteraan, mengumpulkan komuniti serta gaya yang diterap melalui nilai yang dimiliki Alo. Reka bentuk butik juga tidak lari daripada mengutamakan kelestarian dengan penggunaan material mesra alam. Pada hari pembukaan yang berlangsung minggu lalu, GLAM dapat menyaksikan kehadiran ramai selebriti juga pempengaruh digital yang turut teruja dengan pembukaan butik Alo Yoga ini. Kelihatan selebriti Siti Saleha, To’ Puan Syamim Farid, Shalma Ainaa, Christinna Kuan, Jestina Kuan, Dr. Say Shazril, Nia Atasha dan ramai lagi.
Jom tonton tour butik GLAM bersama mereka ini. Cukup meriah!
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.





