"A New Awakening", Burberry Raikan Tahun Baru Cina - Glam Malaysia
"A New Awakening", Burberry Raikan Tahun Baru Cina

“A New Awakening”, Burberry Raikan Tahun Baru Cina

Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, Burberry turut sama meraikan perayaan utama masyarakat Cina itu dengan pelancaran kempen yang memuatkan filem pendek bertajuk “A New Awakening”. Koleksi kapsul berinspirasikan perayaan Tahun Baru Cina juga diperkenalkan buat mereka yang menyambutnya, kekal bergaya dalam rekaan terbaharu Burberry.

Kempen Burberry’s 2021 Chinese New Year adalah arahan Derek Tsang dengan menampilkan duta jenama Burberry, Zhou Dongyu dan Song Weilong sebagai pelakon utama. Penerbitan kempen ini turut menandakan bahawa pasaran Asia sudas menjadi sama pentingnya dengan pasaran-pasaran lain, yang mana pelanggan terbesar Burberry merupakan orang Asia. Pada masa yang sama, meraikan diversifikasi dalam fesyen yakni menampilkan wajah-wajah Asia dalam penghasilan kempen. Setanding dengan masyarakat lain.

Kempen filem ini mengeksplorasi identiti dan jati diri masyarakat Cina dalam olahan berdasarkan perspektif Burberry, yang menjaqlani penggambaran di kawasan hutan yang indah dengan pokok-pokok besar.

“A New Awakening” membawakan kembara karakter yang diolah menggunakan lima deria. Filem tersebut Ternyata menyemati semangat Tahun Baru, di camping itu menyemarakkan semangat sambutan musim baru. Menjunjung optimistik, kepositifan dalam memasuki fasa baharu kehidupan dalam dunia dan situasi semasa yang sular hendek diramal. It’s unexpected.

Selaras dengan “A New Awakening”, Burberry menghadirkan koleksi kapsul Chinese New Year 2021 yang memfokuskan kepada motif Thomas Burberry Monogram. Meletakkan elemen haiwan lembu sebagai simbol kupada kalendar Lunar untuk tahun 2021. Koleksi tersebut memuatkan variasi rekaan untuk lelaki dan perempuan, seperti kemeja, kemeja T, jaket, seluar dan aksesori kecil yang hanya dijual di negara-negara tertentu. Seperti, Malaysia, Hong Kong, Singapura dan Thailand.

See also
GLAM Pick: Koleksi Standout Paris Fashion Week S/S 2019

Burberry
Burberry
Burberry

Artikel berkaitan: Doraemon Membintangi Koleksi Lunar Gucci