Soul Searching In Prada

TEKS: AIZAT AIDID
Saya terbang ke Seoul untuk memenuhi undangan Prada bagi menyaksikan dengan lebih dekat setiap helaian penting koleksi musim bunga 2019. Dua patung menyambut tatkala melangkah masuk ke butik Prada yang terletak di Cheongdam. Patung itu disarungkan dengan seluar pendek dan baju berleher tinggi disertakan bersama reben sebagai pelengkap gaya. Untuk tambah manisnya, Miuccia Prada gayakan bersama cekak dengan perincian yang bermacam-macam. Ini adalah gaya koktel baru Prada, lupakan dress mini yang bosan. Wanita Prada kali ini lebih bebas bergerak!
[envira-gallery id="87748"]
Ruang pojok yang lain pula adalah himpunan baju-T putih yang menjadi ikon penting buat Prada. Ia sudah menjadi objek utilitI pada Miuccia Prada lalu digabungkan bersama skirt untuk memberi rasa feminin. Melalui gaya ini Prada mengimbau kembali apa yang praktikal ketika era 90-an dan digubah mengikut siluet kegemarannya. Selain itu, dress baju-T ini diberikan inovasi penting dengan seni teknikal pembuatan fabrik moden. Sarungkan bersama stokin dan menerbitkan rasa muda dalam penataan gaya yang relaks dan mudah ilham pentas musim bunga 2019 oleh Prada.
Baju renang juga menjadi kunci gaya penting buat himpunan musim bunga Prada 2019. Ada elemen percutian dalam himpunan kali ini dimana baju renang digayakan bersama skirt dan seluar pendek. Lebih menarik apabila Miuccia Prada menghasilkan rekaan eksklusif buat himpunan yang baru ini. Ada gabungan baju renang bersama skirt bermotif tie-dye yang mana setiap coraknya boleh dikawal megikut teknik inovasi baru artisan Prada. Ada juga cetakan eksantrik yang dihiasi dengan gambar bogel dan disertakan jemeki untuk mencipta kemasan tiga dimensi.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Jun 23, 2026
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Jun 23, 2026
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Jun 23, 2026
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026

