Timeless & Vintaj, Gucci Blondie Mewarnai Gaya Jalanan - Glam Malaysia

Timeless & Vintaj, Gucci Blondie Mewarnai Gaya Jalanan

GUCCI BLONDIE-RANGKAIAN BEG TANGAN KLASIK YANG DIPADUKAN DENGAN BUTIRAN TAK TERDUGA DAN TWIST BARU UNTUK DESAIN TIMELESS. GUCCI MEMUNCULKANNYA SEMULA SEWAKTU PERTUNJUKAN GUCCI LOVE PARADE. 

Tas-tas berukuran besar kembali merajai pentas runway. Diusul dengan kembalinya tas klasik dengan logo mania yang membuat kelompok fesyen berlumba untuk tampil ekstra. Kini, trend tas nada klasik kembali, khususnya musim panas 2022, Gucci mempertaruhkan Gucci Blondie pula, barisan beg tangan yang tidak mengkhususkan jantina. 

Yang dijangka akan membuat semua orang menyukai Gucci Blondie bukan hanya kerana kesan gaya klasik Gucci tetapi juga nilai kefungsian yang melengkapinya. Tas yang diramal sempurna untuk gaya sehari-hari, kembara ke kota mahupun acara semi formal. Sifatnya terbukti ringan walaupun memiliki rantai tas dan ukuran besar. Ukurannya cukup sajak dan mampu menyimpan barang-barang esensi untuk aktiviti harian mahupun dijadikan pelengkap gaya jalanan. 

Perincian G yang saling mengunci bulat citra gaya ‘70-an (motif G direka pertama kalinya pada tahun 1971) ditakrifkan dengan tiga gaya beg berbeza: beg messenger, beg bahu berantai dan beg bahu mini. Menyediakan opsyen gaya yang beragam. Menjadi alasan mengapa beg Gucci Blondie begitu mencuri perhatian. 

See also
Inspirasi High Fashion Halloween Daripada Pentas Peragaan Spring 2019

Beg messenger yang sifatnya versatil, membolehkan pemakai menggantungkannya pada bahu atau bersilang pada dada. Faktor versatil ini dikukuhkan dengan tali kulit yang boleh laras dan tanggal sebagai butiran tambahan. Hadir dalam balutan kanvas GG Supreme dengan kemasan kulit, ‘brown leather trim’ dan suede dalam nuansa warna klasik. 

Diolah dalam rupa yang lebih segar dan kekinian, gancu bentuk bulat dalam kemasan rona emas pada permukaan beg nyata menyerlahkan reka bentuk beg. Memberi karakter pada penciptaan beg. 

Beg bahu berantai ditawarkan dalam GG Supreme, kulit dan suede. Rekaan ini disertakan dengan dua tali bahu: tali bahu rantai logam yang mewah dengan perincian Double G dan tali bahu kulit sebagai opsyen. Boleh juga dijadikan klutch, jika mahu mengepit untuk tampil lebih chic. 

Terokai Gucci Blondie di sini.

#GUCCIBLONDIE