Bone Cuff Elsa Peretti Perisai Wonder Woman - Glam Malaysia
bone cuff

Bone Cuff Elsa Peretti Perisai Wonder Woman

Diana Prince dan Wonder Woman adalah dua watak berbeza yang dibawa oleh Gal Gadot. Filem baru Gadot yang bertajuk Wonder Woman 1984 bakal menjengah buat peminat pada 17 Disember ini. Watak lakoan Gal Gadot lebih menjadi kuat apabila disarungkan bersama gelang tangan emas kuning 18 karat Elsa Peretti Bone Cuff keluaran Tiffany & Co. Ia adalah simbol pada gelang tangan yang menjadi pelengkap buat watak Wonder Woman. Diana Prince menyarungkan gelang tangan ini sebagai satu lambang penghargaan pada cuff Wonder Woman yang tahan hancur.

koleksi Elsa Peretti Bone Cuff ini pertama kali diperkenalkan apda 50 tahun yang lalu. Ia berekaan yang memegang erat pergelangan tangan dengan alur yang cukup organik. Gelang tangan ini menaikkan lagi DNA sensual yang menjadi resmi rekaan Ela Peretti. bagi Tiffany & Co. gelang tangan ini memberi simbol kekuatan dan waktu yang sama kelembutan wanita itu sendiri. Lauangan rasa moden masih kekal sehingga kini pada rekaan sofistikated cuff Tiffany & Co.

bone cuff
 Tiffany & Co. Elsa Peretti® Bone cuff in 18k yellow gold

Pautan Berkenaan: Kehalusan Koleksi High Jewelry Tiffany & Co. Diserlahkan Dengan Tiffany Paper Flowers

“Sudah lama saya kagumi Bone Cuff rekaan Elsa Peretti ini, kerana ia memberikan rasa penuh kusa juga glamor. Apabila Patty Jenkis mahu Diana Prince gayakannya dalam filem Wonder Woman 1984, ia adalah satu momen penghargaan paling tinggi pada watak itu,” Ujar Gadot.