6 Item Coach SS21 Yang Hangat - Glam Malaysia

6 Item Coach SS21 Yang Hangat

Coach musim bunga/panas 2021 menamakan koleksinya ‘Coach Forever’ atas sebab aspek lama dan baharu bergabung untuk menghasilkan koleksi untuk masa hadapan. Sesuatu yang lama diperbaharui untuk mengakomodasi keperluan semasa. Satu koleksi yang berkualiti, tahan lama dan untuk dipakai buat selama-lamanya, satu generasi ke generasi yang lain. Selaras dengan itu, Coach meraikan koleksi ‘Coach Forever’ dengan menyediakan perkhidmatan ’embroidery’ secara eksklusif di dua butik utama Coach di Malaysia, Coach Pavilion Elite dan Gurney Plaza Penang dalam masa yang terhad.

Bermula dari 17 Mac hingga 11 April 2021. Khusus pengunjung butik Coach, bolehlah mencuba untuk menyulam item-item Coach mengikut kesukaan bagi menambahkan karakter pada item Coach yang bakal dimiliki.

Sulaman merupakan satu butiran utama dalam pembentukan koleksi Coach musim bunga 2021. Perincian tersebut dipentaskan dengan ligatnya melalui rangkaian sedia pakai dan aksesori sewaktu berlangsungnya pertunjukkan fesyen Coach musim bunga 2021 yang lalu. Oleh itu, Coach menjalinkan kerjasama bersama Sheena Liam, pengasas Times New Romance untuk mereka sulaman yang ditampilkan pada item-item Coach.

See also
Lima Item Fesyen Cetus Obsesi Editor Fesyen GLAM Bulan Ini!

GLAM Malaysia memilih enam item Coach kesukaan yang kami kira terhangat dari himpunan Coach musim bunga 2021. Do you agree?

KOT TRENCH DENIM

coach

Helaian luar atau kot trench denim ini punya banyak peranannya. Selain materialnya denim, kot trench ini boleh digayakan dalam pelbagai gaya. Layering, atau just wear it like a cool outerwear, you are good to go. Cadangan kami, pakaikan top blouse dengan celana denim, untuk mencipta statement gaya denim on denim tanpa perlu nampak bersungguh. Olahan denim dalam rupa kot trench, mengilhami gaya musim bunga yang sangat cool. Kot ini juga boleh dijadikan opsyen sebagai kemeja dress untuk mengolah stail yang pelbagai. Butiran sulaman pada permukaan kot, meningkatkan lagi karakter.

SIGNATURE JACQUARD SWINGER

coach

Tas ini antara ‘highlight’ Coach dalam koleksi musim bunganya. Garapan fesyen ikonik 2000-an, tas tangan Swinger kembali membentuk trend fesyen, yang pernah dipopularkan oleh cool girls in the 2000s. Warnanya juga cool. Tambah lagi faktor cool-nya, adalah monogram Coach yang meliputi sebahagian daripada rekaan beg. Ada statement tersendiri. Gantungkan pada bahu, berjalan penuh yakin bersama tas Swinger Coach untuk mencipta personaliti the cool Coach girls.

See also
Lima Item Bulan Julai Pilihan Editor Fesyen GLAM

EMBROIDED TRENCH COAT

coach

A spring’s style must have. Tak sah jika tidak bergaya dalam kot trench klasik pabila tibanya musim bunga. Kot trench yang bersifat klasik sememangnya helaian luar yang paling ‘bijak’ menyempurnakan sesuatu look itu. Untuk stail yang lebih effortless, cukuplah sekadar berkemeja T putih, seluar denim, dan sepatu tinggi hitam, kemudiannya kot trench Coach ini sebagai pelengkap gaya. Lebih cool lagi, kot trench ini dihangatkan lagi dengan butiran sulaman yang memenuhi permukaan kot. Menggabungkan sesuatu yang klasik bersama seni yang cukup cemerlang pembuatannya.

BLOUSE FLORAL

coach

Blouse floral yang ‘lembut’ ini memiliki pengaruh gaya retro, yang bisa dipadankan dengan apa jua helaian lain. Skirt, celana atau seluar wide leg, ikutlah kesukaanmu untuk digayakan bersama. Apapun cara penggayaannya, we really love it. Gaya rambut yang diikat tinggi, solekan panas ton gangsa, pasti menyerlahkan lagi penampilan dalam blouse floral Coach ini. Chic.

SANDAL

coach

Sandal merupakan aksesori hangat musim bunga 2021. Bukan sandal biasa-biasa yang ditawarkan Coach untuk musim ini. Bahagian tapak dicemerlangkan dengan monogram logo Coach yang disuntik sifat retro. Buckle pada sandal mengukuhkan lagi reka bentuk. Punya elemen vintaj, yang cukup cool digayakan pada bila-bila era pun, pastinya mata tertumpu jika sandal ini digayakan dengan stoking bercorak. Memperlihatkan kesungguhan dalam pemilihan gaya peribadi.

See also
Gaya Fesyen 'Summer' Kendall Jenner

BEG BAHU COACH ORIGINALS

coach

We love the colours. Brown yang hangat diperhebatkan lagi dengan seni sulaman pada permukaan tas, yang menjadi ‘highlight’ Coach dalam musim ini. Tas ini mudah dibawa, samaada digalas pada bahu, atau untuk stail yang lebih ‘fashion’, jinjing tali beg dan bawakannya ala tote bag untuk menyerlahkan karakter peribadi. Musim baharu, ‘attitude’ pun haruslah baru. Ruang dalam beg juga luas, ada compartment untuk menyimpan item-item penting lain. Kami sukankan item yang praktikal, pada masa yang sama aspek seni dan fesyen tidak terkecuali. Definitely, a must have.

 #CoachNY #CoachForever

Artikel berkaitan: Spade Flower Jacquard, Taruhan Kate Spade New York