Skarf Elegan, Ikatan Versatil - Page 4 of 12 - Glam Malaysia

Skarf Elegan, Ikatan Versatil

Musim luruh ini, naikkan seri penampilan harian dengan skarf-skarf Hermes yang sungguh unik lagi elegan. Palet-palet warna untuk setiap cita rasa, boleh digayakan aneka cara. GLAM memilih anda ilham paling menarik.

Skarf Hermes amat versatil dan elegan. Materialnya adalah 100 peratus sutera dengan hujung kain digulung dengan tangan dan ianya boleh digayakan dengan pelbagai cara. Tidak hanya boleh dipakai sebagai hijab, sebagai skaft kepala, ada pelbagai cara dan stail ikatan. Skarf ini juga boleh meningkatkan gaya penampilan menerusi tambahan pada leher serta pinggang. Hadir dalam beberapa saiz untuk memenuhi apa jua selera fesyen anda.

Skarf Cosmographia Universalis dalam saiz 90 ini laksana fantasi yang memerlukan anda membuat interpretasi sendiri. Rekaan Jan Bajtlik ini mengungkap hasil kerja seorang pakar sejarah, kaji bintang dan matematik, Sebastian Munster. Pertama kali dicipta pada 1544, ianya begitu popular sekitar abad ke-16. Bajtlik pula menghidupkan semua imaginasi tersebut dengan sebuah lanskap yang menggabungkan seni bina bersama flora dan fauna. Karakter-karakter dongeng menjadi tarikan unik kepada rekaan skarf ini.

La Cite Cavaliere saiz 90, ilham Octave Marsal yang mendapat ilham daripada lakaran abad ke-17 oleh Matthaus Merian yang amat pakar dalam pembikinan peta. Lakaran yang menjadi gubahan Marsal adalah sebuah pemandangan dari atas kota Paris. Anda boleh melihat secara teliti akan jalanan di paris berserat monumen-monumen serta struktur-struktur penting lagi bersejarah, malah aliran sungai Seine yang sungguh romantik. Marsal mengilhamkan semula dalam sebuah fantasi di mana siluet kuda yang menjadi simbol ikonik Hermes, mengungguli rekaan skarf La Cite Cavaliere. Jika diamati betul-betul, anda akan menjumpai butik Hermes di Faubourg, Colossus of Rhodes dan sebuah pelana.

4 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse