4 Stail 'Classy Look' Wan Nur Syaira Pilihan GLAM
Syaira

4 Stail ‘Classy Look’ Wan Nur Syaira Pilihan GLAM

Fesyen lebih dari sekadar pakaian, ia merupakan kenyataan yang mencerminkan personaliti. Pempengaruh sosial media, Wan Nur Syaira, menarik perhatian dengan fesyen beliau yang sempurna. Beliau juga merupakan pengasas jenama ‘Saoi’ yang menawarkan koleksi heels dengan reka bentuk yang elegan.

Wan Nur Syaira memancarkan aura elegan dan anggun dengan gaya fesyennya. Gaya beliau boleh digambarkan sebagai versatil dan tidak takut untuk bereksperimen. Sama ada menghadiri acara ataupun keluar untuk aktiviti santai, beliau sentiasa memukau dengan fesyen yang digayakannya.

Mengikut trend terkini sambil menambahkan sentuhan uniknya, beliau dengan mudah menyatukan fesyen mewah dengan pakaian harian. Dari blazer yang besar dipadankan dengan dress hingga aksesori yang menaikkan outfit yang sederhana, dia membuktikan bahawa fesyen tidak mempunyai batasan.

Apa yang membezakan Wan Nur Syaira adalah keberaniannya untuk mencuba gaya dan trend yang berbeza dan tidak takut untuk keluar dari zon selesa. Keyakinannya bersinar melalui setiap penampilan yang digayakannya, menginspirasi peminat dan penggemar fesyen untuk meraikan keunikan mereka dan menonjolkan diri melalui pakaian.

See also
BFF Gigi Hadid dan Kendall Jenner Bersatu Dalam Kempen FENDI

Ini Ialah 4 Stail ‘Classy Look’ Wan Nur Syaira Pilihan GLAM

Mari kita lihat stail Wan Nur Syaira pilihan GLAM, yang tidak hanya menarik dengan kreativitinya dalam memadankan gaya fesyen terkini, tetapi juga menjadi inspirasi kepada penggemar fesyen dan genarasi muda.

1. Rona Neutral

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @wannursyaira

Penampilan ini menggambarkan gaya quiet luxury yang elegan. Wan Nur Syaira menyarung cropped blazer dan pleated skirt sebagai gaya untuk ke pejabat. Untuk meningkatkan gayanya lagi, Syaira memilih kaca mata hitam dan sepasang sepatu flat rekaan jenamanya, Saoi.

2. Red Moment

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @wannursyaira

She is the queen of oversized blazer. Sesiapa yang sudah mengikuti laman sosialnya, pasti anda sudah mengetahui bahawa Syaira sering kelihatan memadankan penampilannya dengan oversized blazer. Kali ini, kita dapat lihat Syaira step up her game dengan menggayakan rona-rona yang berani. Dalam penampilan ini, Syaira menyarung oversized blazer berona kelabu dan menaikkan lagi seri penampilannya dengan memadankan legging dan tas tangan Gucci berona merah.

See also
10 Gaya Berani Selebriti Di Fashion Awards 2023

3. Black Athleisure

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @wannursyaira

 

Sudah tentu, gaya fesyennya tidak akan berhenti di situ. Tidak takut untuk bereksperimen, Syaira kelihatan menggayakan trench coat panjang, dipadankan dengan Loewe logo bra top dan skirt pendek yang memancarkan gaya athleisure. Gaya ini ini juga menjadi kesukaan dikalangan model antarabangsa seperti Hailey Bieber dan Bella Hadid.

4. Dressy Classy

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @wannursyaira

Penampilan yang menyerlahkan keayuannya dengan menyarung dress klasik berona krim dan dipadankan bersama Loewe basket bag. Less is more!