Braun Buffel ‘Holiday World’, Rayakan Musim Libur Akhir Tahun 2021
BRAUN BÜFFEL MEMPERSEMBAHKAN KEMPEN ‘HOLIDAY WORLD’ MERANGKUMI AKSESORI KASUAL UNTUK TAMPIL DI SEGALA KESEMPATAN. JUGA BUAT MEMPERKASAKAN BUDAYA MEMBERI DAN MENERIMA.
It’s time to say goodbye to 2021! Sungguhpun tahun 2021 punya cabaran yang tertentu, namun sematkan rasa positif pada resolusi untuk tahun hadapan. Agar 2022 akan menjadi lebih bermakna. Setelah lebih dari dua tahun kita berhadapan dengan pandemik, kita kembali menyambut musim perayaan. Merayakan penghujung tahun yang riang dan membahagiakan.

Braun Buffel bersepakat meraikan akhir tahun dengan kegembiraan melalui penghasilan kempen “Holiday World”. Yang turut bertujuan menyambut budaya memberi dan menerima. Tentu sahaja sebahagian dari anda mahu ‘shopping’ akhir tahun bukan? Sama ada untuk diri sendiri atau dijadikan bingkisan untuk diberikan kepada orang terdekat.
Idea gifting dari Braun Buffel merangkumi deretan aksesori citra koleksi musim luruh/sejuk 2021. Termasuklah klutch, dompet dan beg sandang, dan beberapa item fesyen lain. Yang punya stail tersendiri dan fungsi yang tersendiri.
Kempen bertema musim percutian, mengisahkan tentang dua perihal iaitu kedamaian dan keselesaan, sama ada berada di dalam rumah atau kawasan luar. Memenuhi apa jua kemahuan, rangkaian Braun Buffel dari koleksi ini cukup sempurna untuk dimiliki atau dijadikan bingkisan istimewa.
Mulai sekarang hingga 2 Januari 2022, butik-butik Braun Buffel ditransformasi menjadi konsep “Holiday World”, ruang dalam butik yang bertema perayaan. Mempamerkan koleksi terbaru, dalam perspektif indah. Lebih istimewa lagi, pembungkusan merah edisi terhad Braun Buffel juga ada. Boleh didapati di seluruh butik Braun Buffel, misalnya Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid dan 1 Utama. Memberi kemudahan buat pelanggan untuk langsung membungkusnya rapi selepas pembelian. Bukan itu sahaja, pelanggan turut berpeluang menerima perhiasan Braun Büffel Holiday World. Dan memperibadikan item pembelian mereka yang boleh dilakukan di ruang khas oleh pembuat barangan kulit.
Kempen “Holiday World” mempertaruhkan koleksi Mikro/Makro musim luruh/sejuk 2021 yang menerokai prinsip kontras. Menggalakkan untuk melihat dunia dengan perspektif yang sentiasa berevolusi. Dan mencipta ragam seni yang tidak terbatas.
Artikel berkaitan: Selebrasi Akhir Tahun, Dior Hadirkan Rangkaian Memesona
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.


