fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Busana Rekaan Rizman Ruzaini Menjadi Sorotan Fesyen Antarabangsa
Millennial It-Girl: Marisa Soraya
Kontroversi Casting Balenciaga Diketengahkan Lagi Dengan Kenyataan Terbaru
Realiti Baru Wanita Dior
Selena Gomez Wajah Kempen Baru LV

Nelissa Hilman dan WASIS Studio Lancar SEED(PODS)

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Usaha Kelestarian

Nelissa Hilman juga WASIS Studio amat komited terhadap usaha ‘sustainability’ atau kelestarian, ini termasuk dalam penghasilan kolaborasi ini. Istimewanya, koleksi ini direka menggunakan kepingan tembaga yang dahulunya merupakan papan tanda pertama buat cawangan Nelissa Hilman sebelum penjenamaan semulanya pada tahun ini.

Untuk melengkapkan lagi pengalaman visual para pelanggan Nelissa Hilman, koleksi ini juga dipersembahkan bersama sebuah instalasi visual yang direka khas oleh Flé Kuala Lumpur di samping pertunjukan secara langsung mengenai proses-proses pembuatan barang kemas tersebut oleh pereka dan pengasas WASIS Studio, Sakinah Hassan.

Dipersembahkan buat kali pertama pada acara Kuala Lumpur Fashion Week bulan Ogos yang lalu, koleksi barang kemas ini boleh didapati pada harga bermula RM380 sehingga RM600. Setiap item barang kemas hanya akan dibuat mengikut tempahan dan dihantar dalam jangka masa 2 hingga 4 minggu. 

Untuk mengamati keseluruhan koleksi SEED(PODS) ini, anda boleh melihatnya melalui laman sesawang Nelissa Hilman atau juga berkunjung ke cawangan fizikal sulung Nelissa Hilman yang terletak di Bangsar Village II, Kuala Lumpur.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse