Koleksi Istimewa FENDI Rayakan Tahun Baru Lunar 2023 - Page 3 of 5 - Glam Malaysia
Koleksi Istimewa FENDI Rayakan Tahun Baru Lunar 2023

Koleksi Istimewa FENDI Rayakan Tahun Baru Lunar 2023

Semak deretan rekaan FENDI yang hadir tak hanya dalam edisi terbatas namun juga dalam balutan desain yang penuh spirit menyambut Tahun Baru Lunar. Tampil stylish dalam koleksi FENDI Tahun Baru Lunar 2023 untuk kali ini. 

FENDI melancarkan koleksi kapsul eksklusif untuk meraikan Tahun Baru Lunar 2023 dan pemulaan tahun arnab. Koleksi istimewa itu mendapat inspirasi daripada tafsiran semula logo FENDI ROMA yang dicipta oleh Marc Jacobs pada koleksi ulang tahun ke-25 beg Baguette®, berwarna putih dan merah untuk tahun baru Lunar. Nuansa warna tersebut mendominasi setiap rekaan yang terkandung, dan simbol kepada nasib baik dan kegembiraan. Menampilkan pelbagai produk ikonik dan unggulannya, kini rekaan tersebut hadir dalam balutan desain bernuansa Lunar yang tentunya menambahkan kemeriahan sambutan tahun baru. 

Marc Jacobs mengolah semula logo FENDI Roma...

Tafsiran semula logo FENDI Roma oleh Marc Jacobs menyerlahkan ikon dan reka bentuk baharu jenama tersebut, serta pilihan potongan sedia untuk dipakai, dengan rupa yang lebih memikat. 

Untuk koleksi wanita, rekaan sedia pakai dicirikan oleh versi keseluruhan yang berani dengan logo FENDI Roma merah dalam tafsiran Marc Jacobs, dengan aksesori padanan dan padanan beg FENDI yang ikonik. Satu set skirt dan sweater menampilkan reka bentuk semula logo FENDI Roma yang bersaiz makro, dalam ton warna merah dan putih. Sweater jersi kapas dan kemeja T menampilkan logo yang sama pada bahagian depan. 

Peekaboo ISeeU Petite, Baguette dan phone baguette juga Mini Sunshine Shopper turut direka dalam balutan FENDI Roma merah dan putih yang ditafsir semula oleh Marc Jacobs. Dicetak pada permukaan kulit, menjadi pembukan lembaran tahun baru yang begitu menggembirakan. 

Aksesori dengan corak yang sama, seperti Nano Fendigraphy dan beg nano dalam reka bentuk haiwan arnab-penghormatan kepada tahun arnab. Direka untuk trik suai padan yang lebih bereksperimen. Penampilan bersifat perayaan itu, dilengkapi dengan aksesori tekstil; foulard sutera dan pembalut, dan topi bucket yang membawa corak dan warna yang sama. 

Balutan gaya warna merah membara yang tentunya akan sempurna untuk mempercantik penampilan anda di momen istimewa ini. 

https://www.youtube.com/watch?v=y5d2wJY8828

Tingkat gaya tahun baru dengan koleksi FENDI untuk Tahun Baru Lunar 2023 yang berikut...

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. BEG SILANG

Lunar 2023